Buat duit dengan Youtube sambil pecahkan iPhone - Berniaga Online

Buat duit dengan Youtube sambil pecahkan iPhone

buat duit dengan youtube
Demi untuk buat duit dengan Youtube..
Anda biasa layan Youtube kan? Selain daripada tengok video, apa lagi yang anda buat kat Youtube? Sekali-sekala, mesti anda ada download dan upload video kan?

Anda tahu tak, dengan hanya download dan upload video ni, anda sebenarnya dah cukup syarat kalau nak buat duit dengan Youtube. Tapi, cemana caranya ek?

Pernah tak anda tengok kat Youtube video orang hempas dan pecahkan iPhone? Sekali tengok, rasa sayang jugak kan..iPhone harga ribu-ribu dia baling camtuuu jer.

Sebenarnya, diorang bukan saja-saja nak jahanamkan. Tapi diorang buat video tu sebagai review untuk tunjukkan kepada kita sejauh mana lasaknya iPhone ni.

Dengan video ni, diorang akan promote plak supaya orang datang tengok ramai-ramai. Bila dah dapat jumlah tontonan yang ramai nanti, diorang akan berpeluang untuk buat duit dengan Youtube melalui iklan-iklan yang diletak pada video tersebut.

Dan anda percaya tak..pendapatan yang bakal diorang dapat bukan setakat boleh cover balik sebijik iPhone yang dah rosak tu. Silap-silap, nak beli lagi sedozen iPhone pun boleh :)

Tapi bila anda dengar jer saya cakap camni, jangan laa pulak anda terus gi ambik iPhone atau Samsung Galaxy anda, letak depan kamera, pastu kasi hentak dengan tukul. Pastu upload kat Youtube..dengan harapan terus boleh buat duit, dan esok terus kaya.

Sebabnya, anda tak buat ikut cara yang betul..dan untuk buat cara yang betul, tak semestinya anda kena korbankan iPhone atau apa saja smartphone kesayangan yang anda ada tu.

Sebaiknya, saya rekemen anda belajar dulu tekniknya dengan orang yang dah pakar..orang yang memang dah ada pengalaman buat duit dengan Youtube ni.

Dan salah sorang pakar yang saya maksudkan ni ialah rakan usahawan Internet iaitu bro Rashvin.
buat duit dengan youtube
Veteran bisnes online :)
Sekarang ni, bro Rashvin ada edarkan ebook percuma untuk dedahkan kepada kita semua tentang potensi buat duit dengan Youtube.
buat duit dengan youtube
Buah tangan dari bro Rashvin
Ebook ni tak tebal sangat..cuma ada 16 muka surat dengan file bersaiz lebih kurang 600 KB (0.6 MB). Dalam ebook ni, bro Rashvin ada ceritakan yang peluang buat duit dengan Youtube ni bermula sejak tahun 2006 lagi, bila Youtube diambik alih oleh Google.

Cara untuk buat duit pulak ialah melalui iklan-iklan dari pihak Youtube yang diletak pada video kita. Macam mana kita nak dapat duit dengan iklan-iklan ni, ada bro Rashvin huraikan dengan panjang lebar dalam ebook ni.

Kata bro Rashvin lagi, ada tiga cara untuk kita buat duit dengan setiap video yang di-upload ke Youtube. Dengan tiga cara ni, kita sebenarnya boleh jana ratusan dollar sebulan. Nak tahu apa caranya? Tak susah..anda baca jer ebook ni nanti sampai khatam :D

Melalui ebook ni jugak, bro Rashvin akan tunjukkan contoh salah satu video otai yang dikatakan menjana income sekurang-kurangnya US$4 juta (lebih kurang RM12 juta). Yup..hanya dengan satu video. Giler murah rezeki brader tu :)

Tapi itu otai punya. Kita yang petai-petai ni, kalau dapat sambar dalam tiga angka sebulan, dalam duit dollar..pun dah kira seribu rahmat dah, yer tak?

Selain cara buat duit dengan Youtube, cara nak claim duit bulanan ni pun ada bro Rashvin bagitau sekali. Menurutnya, ada tiga cara untuk kita terima duit ni. Anda baca dulu ebook ni, nanti boleh pilih sendiri cara mana yang paling simple untuk anda.

Okeh..cerita banyak takdak, saya pun bizi nak download Running Man tak abih-abih lagi nih :D..apa kata kalau saya ajak anda untuk dapatkan pendedahan buat duit dengan Youtube dari bro Rashvin nih?

Cuma masukkan nama glamer & emel anda, dan klik butang 'Saya Nak!'. Nanti saya akan hantar panduan ni ke kotak emel anda (kalau anda guna Yahoo dan tak dapat emel daripada saya, sila guna akaun Gmail yer. Kadang-kadang ada masalah teknikal sikit bila guna YahooMail).

Nama glamer:
Alamat emel:
kredit foto:
eniphone.wordpress.com

Related Posts:

4 Responses to "Buat duit dengan Youtube sambil pecahkan iPhone"

Sani Sini Sana said...

Menarik ni..selalu tengok video toutube aje.. Terima kasih boss

Unknown said...

wah...pakcik kayolah dia tuh :)

uncle gedek said...

OOO ye ke?

uncle tengok youtube bila nak tengok orang prank orang je... haha!

titan said...

pehh..sampai pecahkan handpon mahal lagi tuh..

buat duit dengan shopify