Archive for August 2014

Buat Duit Dengan Facebook - Hikayat Kitab Yang Hilang

buat duit dengan facebook

Anda dah login FB hari ni? Dah komen dah kat status member-member? Dah like dah mana yang patut? Dan sebagai usahawan/bakal usahawan yang teringin nak buat duit dengan Facebook, tambah satu lagi soalan untuk anda.

Anda dah up dah status iklan untuk promote produk anda?

Semua dah? Bagusss...

Okeh, soalan bonus plak..

Err..anda yakin ke yang status iklan tu tak menyakitkan mata dan hati friendlist anda? (Jangan marah aaa :) ).

Bukannya apa. Cuma orang biasanya login FB sebab nak santai-santai, nak baca info-info menarik yang jarang didengar, nak tahu update terkini tentang Gaza..

Tapi alih-alih, bila diorang skrol news feed, dari atas sampai bawah penuh dengan status promosi kita. Dah laa update status bermanfaat jarang-jarang sekali. Balik-balik iklan, balik-balik iklan..

Agak-agaknya orang menyampah tak?

Promosi yang sepatutnya mendatangkan duit, langsung tak bawak hasil apa-apa sebab cara kita promote tak kena gaya.

Jadi, cara yang betulnya macam mana?

Haaa..jawapannya ada tersembunyi dalam Kitab Asas Pemasaran FB nih. Kena belek selai-selai kalau nak selongkar tekniknya.

buat duit dengan facebook
Ada 15 tips yang patut anda ambik tahu untuk buat duit dengan Facebook
Sape-sape jer yang serius nak buat duit dengan Facebook, memang tak rugi kalau jadikan kitab ni sebagai panduan. Tahu aje lah kan..bila tengok orang berjaya buat duit, kita pun rasa nak ikut jugak. Tapi ilmunya tak nak cari, step-by-stepnya tak nak belajar..

Kalau usahawan lain layan FB sambil gemukkan akaun bank, kita plak layan FB setakat bazir masa, bazir tenaga dan bazir duit (lagi sekali..jangan marah aaa :) ).

Dalam panduan ni, ada dikongsikan cara yang betul macam mana nak promote produk di FB. Apa yang perlu kita buat sebelum nak menjual di FB. Dah promote dengan betul, orang pun tak meluat dengan iklan kita, betul tak?

Lain daripada tu, kitab ni jugak akan dedahkan jenis-jenis produk yang paling laku di FB. Jugak akan dibagitau kenapa kita takleh nak promosi produk kepada semua orang. Lagi ramai orang tak semestinya lagi banyak sale. Ilmu nak kenal kategori pembeli pun ada..jenis pembeli macam mana yang patut kita layan, dan jenis macam mana pulak yang patut kita buat tak tau jer.

Skil nak menjual di personal profile pun ada dibongkarkan sekali, macam mana nak buat orang mudah percaya dengan kita dan cara nak tulis status yang mudah untuk dapat like.

Tu jer ke? Isy..taaakkk. Ada lagi...

buat duit dengan facebook
"Jom like ramai-ramai.." - macam penah dengar kan? :)
Friendlist dah ramai, page pun dah ada like tahap puluh ribu-riban, tapi tak tahu macam mana nak bina hubungan rapat..pun tak guna jugak kan? Takpe..tak perlu risau sebab bab tu pun ada diceritakan sekali dalam panduan ni.

Rahsia nak dapat prospek/pelanggan dengan cepat? Guna jer tool yang FB sediakan. Tool apa? Akan didedahkan dalam kitab ni nanti.

Dan last sekali, cara nak 'tangkap' pelanggan supaya boleh kita hubungi bila-bila masa untuk lain-lain promosi di masa depan.

Amacam? Meleleh tak dengan tawaran ilmu Kitab Asas Pemasaran FB nih? Rasa rugi tak kalau tak rembat panduan ni?

Okeh..untuk elakkan sebarang rasa rugi, menyesal atau frust nonggeng; apa kata kalau anda berenti mengelamun jap dan grab cepat-cepat? Yup..sekarang jugak, sementara saya takde niat nak caj apa-apa untuk dapatkan panduan buat duit dengan Facebook ni.

buat duit dengan facebook
Frust giler beb..nyesal tak download awal-awal hari tu
Cara nak grab pun mudah yang amat..isikan jer nama glamer anda dan alamat emel dalam borang kat bawah nih. Dan tak perlu takut-takut, sebab maklumat anda digerenti 100% selamat..sumpah saya takkan bagi kat sape-sape :D

Nama glamer:
Alamat emel:
Lepas anda dah klik butang "Saya Nak!" tu, panduan ni nanti akan saya hantar secara bersiri melalui emel. Selang antara satu ke tiga hari setiap emel.

Bukan tak nak bagi sekaligus..cuma yang biasa jadi bila saya bagi semua terus, orang akan download dan peram dalam hard disk. Bacanya tak tau bila :)

Jadi, lebih baik saya share sikit-sikit, boleh terus baca dan terus boleh prektik slow-slow.

Apapun, Kitab Asas Pemasaran FB ni cuma menerangkan yang basic-basic jer tentang cara nak buat duit dengan Facebook. Ilmu yang terkandung di dalamnya, mungkin ada antara anda dah tahu atau penah dengar sebelum ni. Bagi yang dah tahu, anggap jer sebagai ulangkaji atau recap untuk refresh balik. Bagi yang belum, apa kata kalau anda ambik peluang ni untuk topup lagi ilmu yang ada..InsyaAllah.

ps: barang yang free jangan dilepas, nak-nak lagi ilmu free..yer tak?

foto:
eyes4tech.com
soundcloud.com
myfacebookcover.com

Related Posts:

buat duit dengan shopify