Archive for August 2015

Untuk Muslimin & Muslimah yang teringin nak buat duit tanpa modal, tapi tak tahu macam mana nak mula

buat duit tanpa modal
Buat duit tanpa modal dengan penuh santai ;)
Apa tabiat biasa bagi orang yang baru nak terjebak dengan bisnes Internet? Yup, tepat sekali...teringin nak buat duit tanpa modal. Saya sendiri pun camtu jugak dulu..heh..

Sebenarnya la kan, kalau ikut pengalaman saya sendiri laa, lagi mudah nak buat duit online kalau kita ada sedikit modal..terutama sekali nak guna untuk kos marketing dan tarik trafik.

Tapi nak kata wajib kena ada pun tak boleh jugak..sebabnya ada jer orang yang jana pendapatan online walau tak keluar sesen pun untuk modal. Kalau ada pun, cuma modal untuk komputer, bil api dan bil Internet.

Lagipun, kita ni bukannya kedekut sangat sampai tak nak keluar modal langsung, yer tak? Tapi nak buat cemana...dah bajet yang ada dalam poket ni ciput sangat. Malah kadang-kadang tu, bila seluk, habuk jer ada. Kalau ada pun terselit duit lebih, mesti nak guna untuk benda lain (ceiii...alasan).

Takut rugi satu hal lagi. Yer lah..nak buat benda yang kita tak pernah try. Betul ke boleh cari duit tambahan dengan bisnes online nih? Kang nak labur modal, tak pasal-pasal hangus modal.

Bagi yang bujang-bujang, yang baru abis SPM misalnya, masih tinggal dengan mak ayah dan takde pendapatan sendiri...pun ada masalahnya jugak. Minat nak berniaga online tu dah ada, cuma tang modal pulak sangkut. Nak mintak dengan mak ayah, mak ayah tak kasi...sebab tak berapa percaya dengan potensi buat duit di Internet.

Yang mana dah kahwin plak, mungkin terpaksa terima hakikat yang pasangan tak bagi izin atau support. Maklumlah, dah hidup berdua ni, takleh laa nak buat macam zaman bujang-bujang dulu. Belanja jer ikut suka. Dapat gaji, joli. Ada duit sikit, shopping.

Sekarang ni segala-galanya nak kena bajet betul-betul. Buatnya tak lepas duit susu anak, duit belanja dapur, mau bertengkar plak laki bini..tak gitu?

Jadi, kat mana nak cari lobang-lobang buat duit tanpa modal nih? Kalau dapat jumpa satu lobang pun jadi laa...

Okeh...dalam banyak-banyak peluang bisnes tanpa modal nih, salah satu bisnes yang paling top di kalangan usahawan Internet ialah bisnes affiliate.

Konsep dia sempoi jer...kita promote produk orang, dapatkan sale dan terima komisen. Tak berapa paham? Takpe..baca sini untuk lebih jelas.

Di Malaysia, bisnes affiliate ni boleh tahan jugak luasnya...ada macam-macam produk boleh kita promote. Dan yang paling hot, paling meletup-letap sekarang ni ialah Niaga Affiliate.

Bos besar Niaga Affiliate ni nama dia Saudara Lee Hup Boon, atau biasa jugak orang panggil Boon Lee. Beliau ni kira dah taraf veteran jugak laa dalam bisnes Internet nih. Kalau anda rasa macam pernah dengar jer nama Boon Lee ni, boleh jadi anda dah pernah terklik ke website-website jualan beliau seperti BS2MS.com, Emelmatik.com dan Minisitelah.com.

Dengan Niaga Affiliate, kita cuma perlu daftar free jer untuk jadi ejen, pastu kita ajak pulak kawan-kawan atau sedara kita untuk join sekali Niaga Affiliate ni.

Tapi, masa nak ajak tu, jangan pulak kita biarkan diorang daftar pakej FREE sama. Kalau pakej FREE, kita takkan dapat apa-apa komisen.
buat duit tanpa modal
Ingat tau...suruh prospek ambik pakej STARTER atau NOVICE
Sebaliknya, cuba bagi ayat-ayat bodek sikit dan yakinkan diorang untuk ambik pakej STARTER atau NOVICE. Untuk join salah satu pakej ni, diorang perlu bayar yuran pendaftaran sama ada RM20 atau RM50, tengok pada pakej yang dipilih.

Bagi kedua-dua pakej ni pulak, kalau kita sebagai ejen berjaya pujuk diorang untuk daftar salah satu, kita akan dibayar komisen sama ada RM5 atau RM10...bergantung pada pakej.

Dalam bisnes affiliate, komisen camni dipanggil pay-per-sale (PPS)...kena buat jualan dulu, baru boleh dapat komisen.

Bunyinya macam susah jer kan. Yer lah..bukan senang nak suruh orang beli-beli barang nih, betul tak?

Tapi rilek. Tak perlu nak risau-risau...sebabnya ada cara yang lebih mudah untuk kita buat duit dari rumah dengan bisnes affiliate.

Kalau sebelum ni kita boleh dapat komisen dengan PPS, kali ni kita cuba plak untuk dapat komisen bisnes affiliate melalui pay-per-lead (PPL).
buat duit tanpa modal
Ajak orang daftar free, dan kita akan dibayar komisen
PPL ni mudah sikit..sebab kita cuma perlu ajak orang untuk daftar emel jer, dan lepas tu kita terus boleh dapat komisen. Tak perlu nak suruh orang untuk beli apa-apa pun. Tak jelas? Meh baca kat sini dulu.

Cuma slack satu benda jer...kita perlu bayar untuk join PPL Niaga Affiliate nih. Kalau PPS, kita daftar sebagai ejen free pun dah boleh promote.

Manakala untuk PPL, kita terlebih dulu kena daftar sebagai ejen melalui pakej STARTER atau NOVICE.

Untuk ejen pakej STARTER, kita akan dibayar RM1.00 untuk setiap emel yang kita dapat. Untuk pakej NOVICE lak, ejen akan dibayar RM1.50.

Tapi kalau anda tetap tak nak keluar modal, dan dalam masa yang sama tetap berminat nak join PPL, pun boleh jugak..cuma lambat sikit jer.

Caranya, anda daftar dulu sebagai ejen FREE, dan dapatkan paling kurang 30 alamat emel (lead) kawan-kawan atau sedara anda.

Dah cukup 30 lead ni nanti, otometik anda akan naik pangkat kepada STARTER dan terus boleh join untuk promote PPL. Takpe la lambat sikit pun...janji boleh buat duit tanpa modal, kan? ;)

Lagipun, baru kali pertama nak berniaga online nih, kalau boleh taknak laa dok serabut sangat risau pasal modal. Kalau boleh nak tengok hasil dulu...macam mana nak dapat RM1 pertama dulu dari Internet. Nak buat duit, bukan lebur duit :)

Kalaupun ada duit lebih, jangan guna untuk buat modal, tapi labur untuk dapatkan ilmu. Dah ada ilmu nanti, dah tahu selok-belok, sepak penendang segala bagai...baru sedap sikit kita nak jana pendapatan dari rumah dengan bisnes affiliate, tak gitu?

Bagi anda yang betul-betul dah jatuh minat dengan bisnes affiliate ni, saya rekemen anda simpan sikit duit gaji, tak pun korek tabung ayam ke, tabung gajah ke...dan sambar panduan ni :D

Okeh...jom sambung balik cerita pasal Niaga Affiliate.

Bagi yang minat nak jadi ejen, kat mana nak daftar?

Untuk join keluarga besar Niaga Affiliate ni, anda boleh klik dan daftar kat sini - NiagaAffiliate. Anda boleh tengok-tengok dulu semua pakej yang ada dan nilai sendiri pakej mana yang anda paling berkenan nak join - FREE, STARTER atau NOVICE.

Kalau saya sendiri, saya ambik pakej STARTER jer dulu. Nanti bila dah dapat lead/sale, dah cukup jumlah komisen, baru update ke pakej NOVICE. Cadangnya begitulah...InsyaAllah.
buat duit tanpa modal
Ada rezeki lebih nanti, baru ambik NOVICE
buat duit tanpa modal
Jom ambik pakej STARTER/NOVICE..leh dapat ebook cara nak promote
Buat masa ni, takde tarikh tutup untuk join Niaga Affiliate...boleh daftar bila-bila masa anda suka. Tapi kalau anda sudi dengar nasihat saya, adalah terlajak baik kalau anda daftar cepat-cepat, promote cepat-cepat dan start buat duit tanpa modal cepat-cepat.

Sebabnya, lagi lama anda tunggu, lagi ramai yang daftar, lagi banyak persaingannya nanti. Semua pakat berebut-rebut nak dapatkan prospek. Anda nak camtu?

Lagi sekali, klik sini untuk daftar yer - NiagaAffiliate ;)

Related Posts: