Review: Cara berniaga online melalui Sistem Bisnes Internet Cikgu Hafis - Berniaga Online

Review: Cara berniaga online melalui Sistem Bisnes Internet Cikgu Hafis

cara berniaga online
Cara berniaga online gaya Cikgu Hafis..pakai kain pelikat pun jadi :)
Lain kelab bola, lain kaler jersinya. Lain cikgu, lain pulak ilmunya..takpun, cara penyampaiannya.

Walaupun nak bisnes online ni asasnya lebih kurang sama jer, tak kisah laa kita belajar dengan cikgu mana sekalipun..tapi kadang-kadang cara cikgu tu mengajar yang buatkan ilmu tu tak jatuh nilai.

Pernah jadi tak kat anda..ilmu sama, tapi bila tengok dari sudut lain, paham cara berbeza; tiba-tiba jer menyala mentol atas kepala. Terus dapat idea baru untuk bisnes :)

Jadi, untuk meraikan ilmu yang sentiasa melimpah-ruah nih, apa kata kalau saya share ilmu terbaru cara berniaga online daripada salah sorang lagi cikgu?

Kalau hari tu Sifu Faisal Abdullah dengan Senarai Produk Laku Kerasnya, kali ni jom kita selongkar plak Sistem Bisnes Internet daripada Cikgu Hafis.

Sistem Bisnes Internet ni adalah produk free, dan merupakan produk kedua yang pernah saya dapatkan daripada Cikgu Hafis. Walaupun free, tetap bernilai tinggi sebab Cikgu Hafis share step-by-step macam mana beliau bina bisnes Internet sendiri sejak tahun 2012 lagi.

Sebelum ni, saya pernah jugak rembat produk FB Affiliate Income daripada Cikgu Hafis..produk berbayar yang ajar selok-belok cara nak kumpul komisen affiliate melalui fanpage (tak abis khatam lagi..saje buat barang hiasan dalam hard disk..heh..). Nanti bila dah rajin sikit saya review plak produk ni :D
cara berniaga online
Video tutorial untuk promote affiliate di FB
Sistem Bisnes Internet ni Cikgu Hafis hasilkan dalam bentuk ebook dengan empat siri berasingan dan link akses akan beliau bagi secara berperingkat..nak download dulu boleh, nak baca terus secara online pun boleh.

Sengaja Cikgu Hafis bagi sikit-sikit untuk mudahkan kita ikut step-by-step dan supaya tak info overloaded..kang bagi semua terus, satu apa pun tak buat.

Setiap link akses ebook ni jugak ada tarikh luputnya masing-masing..biasanya dalam 72 jam. Cukup jer time, Cikgu Hafis akan delete. Jadi, bila dah dapat link tu, pastikan anda terus baca dan cepat-cepat buat..jangan tangguh-tangguh.

Bagi anda yang nak download, pakej ebook ni ada sejumlah 60 muka surat dan akan 'makan' lebih kurang 6MB daripada kapasiti hard disk.

Untuk siri pertama, Cikgu Hafis akan terangkan dalam 10 muka surat macam mana nak bina sistem bisnes Internet.
cara berniaga online
Muka depan siri pertama
Apa yang beliau ceritakan ni semuanya teknik yang dah terbukti, teknik yang dah ramai usahawan gunakan untuk pemasaran Internet..baik untuk promote produk Malaysia mahupun produk luar.

Anda jugak tak perlu nak risau sebab teknik-teknik ni dijamin bukan direct-selling atau skim cepat kaya. Dan paling penting, bukan untuk orang yang malas. Kena usaha dulu sikit, baru boleh dapat duit..InsyaAllah :)

Untuk teknik pertama, Cikgu Hafis akan bongkarkan seni untuk pilih produk untuk dijual. Daripada dua jenis produk utama yang ada, yang mana patut kita pilih.

Dah pilih produk, Cikgu Hafis pecah lak lobang kat mana nak dapatkan produk-produk ni. Bukan satu, tapi sampai enam lubuk supplier beliau dedahkan.

Untuk promote produk-produk ni, salah satu teknik yang Cikgu Hafis rekemen ialah ARBITRAGE. Sempoi gak cara berniaga online guna teknik ni, sebab tak perlu modal. Macam mana nak buat? Haaa..nak tahu yang tu anda kena baca dulu ebook siri pertama ni :)

Masuk siri kedua, Cikgu Hafis ajar pulak cara-cara nak buat kedai online. Kata nak bisnes Internet..kena laa ada kedai untuk tayang produk, yer tak?
cara berniaga online
Stress member..modem kena sambar petir :)
Syok bila dah ada kedai online ni. Kedai boleh bukak 24 jam sehari, sepanjang tahun..tapi kita tak ler pulak kena jaga kedai sepanjang masa. Time makan, kita makan, Time tido, kita tido..

Staf pulak tak perlu ramai-ramai..nak meniaga sorang-sorang pun boleh. Sebab ada banyak software yang boleh tolong kita buat kerja.

Sewa kedai pulak murah yang amat..nak yang free pun ada. Senang cakap, asal ada line Internet, bisnes jalan ;)

Kata Cikgu Hafis lagi, ada dua jenis kedai online yang biasa diguna oleh Internet marketer. Salah satunya, sesuai untuk usahawan yang nak jual satu produk jer. Manakala yang satu lagi, khas untuk usahawan yang nak promote banyak-banyak produk.

Jadi, mana satu yang patut anda pilih? Dah baca ebook siri kedua ni nanti, anda akan tahu :)

Untuk setup kedai online ni pulak, Cikgu Hafis cakap ada dua cara. Satu, cara pening. Satu lagi, cara mudah.

Cuma yang lecehnya:
  • dua-dua cara ni nak kena ambik masa dulu untuk belajar buat
  • ambik masa nak setup
  • nak senang sikit, upah orang tolong buatkan. Tapi duit terbang dan bukan murah
Habis tu, macam mana? Takde harapan laa nak bukak kedai online camni..

Takpe..rilek. Jangan sasau dulu. Sebabnya, Cikgu Hafis akan share pulak cara ketiga, iaitu cara best. Best sangat ke? Baca dulu, baru tau. Tak baca, tak tau ;)

Dah siap kedai online, langkah seterusnya apa? Join 4D..duduk diam-diam, duit datang? Tunggu jer pelanggan cari kita?

Mana bulehhh..kena la promosi dan cari trafik pulak, tak gitu? Dan trafik lak takleh la sebarangan..wajib kena dapatkan trafik yang berkualiti. Trafik yang boleh bawak sale.

Kat mana nak dapat trafik ni? Cari kat tempat ramai orang, yakni Facebook. Tapi takleh la main serbu jer..ada caranya. Cara dia..nanti Cikgu Hafis cerita dalam ebook ni (haha)..

Okeh..sekarang kita masuk pulak ebook siri ketiga..
cara berniaga online
Awal tahun bisnes, tengah tahun bisnes, hujung tahun cikgu makan angin ;)
Dalam siri ketiga ni, Cikgu Hafis sembang lak tentang kePOWERan cara berniaga online menggunakan Sistem X..sistem yang:
  • boleh buat kita kontrol kastemer kita
  • boleh jual macam-macam produk
  • boleh "tolong' carikan duit untuk kita
  • boleh diguna untuk macam-macam jenis bisnes online..bisnes jual tudung ke, jual ubat ke, MLM ke..
Dengan Sistem X ni, kita akan tahu rahsia nak setel masalah pelawat yang datang kali pertama ke kedai online kita tapi tak terus membeli..mungkin dia nak fikir dulu ke, nak tunggu gaji bulan depan ke, nak tanya laki dulu ke..

Tapi, kalau tak beli sekarang, macam mana kita nak pujuk dia dan pastikan dia akan datang beli lain kali? Maklum la..nak tunggu lain kali, silap-silap alamat kedai online kita pun dia dah lupa.

Lagi parah, dia search Google nak cari kedai kita, tapi terjumpa lak "kedai sebelah" dan terus beli dari sana. Rugi..rugi...

Jadi, cara nak selesainya, boleh guna Sistem X Cikgu Hafis..copy jer bulat-bulat.

Cumanya, tak susah ke nak guna Sistem X nih?

Well..adat belajar benda baru. Awal-awal tu pening la jugak sikit. Tapi bila dah selalu guna, lama-lama gerenti fasih :)

Abih cerita siri ketiga, kita terjah pula dia punya season finale..siri ke-empat.
cara berniaga online
Ada ilmu, cikgu tak makan sorang..
Dalam kesemua siri ebook Sistem Bisnes Internet nih, siri ke-empat ni laa yang paling panjang. Ada 20 muka surat semuanya yang nak kena hadam.

Untuk siri last ni, Cikgu Hafis akan hurai dengan lebih detail macam mana nak buat dan siapkan Sistem X..bermula dengan cara-cara nak setup landing page.

Alah..apakebenda ler pulak landing page nih. Ni rasa nak give up nih :)

Kalau anda ingat balik dalam siri ketiga, Cikgu Hafis ada dedahkan rahsia macam mana nak buatkan prospek yang tak membeli bertukar kepada pelanggan yang sanggup keluarkan duit.

Haaa..dengan landing page ni laa nanti kita akan guna untuk pujuk prospek tersebut.

Dah lengkap panduan tentang landing page, Cikgu Hafis bocorkan pulak rahsia besar beliau tentang lubuk trafik di Facebook..siap step-by-step lagi.

Kat hujung-hujung siri ke-empat ni jugak, Cikgu Hafis akan tunjukkan testimoni student beliau yang dah amalkan Sistem X dan berjaya dapat hasil. Kiranya, memang mujarab abis laa sistem ni..dah tahap polis angkasa gaban lagaknya..haha..

Tapi, dalam banyak-banyak part yang best tentang Sistem Bisnes Internet ni, ada jugak yang kurang 'umphh'. Walaupun Cikgu Hafis dah share step-by-step, ada antara step tu tak berapa nak clear..masih samar-samar cara nak buatnya.

Nak taknak, kita kena jugak Google sendiri, cari video kat YouTube untuk lebih paham.

Ooo..jadinya Cikgu Hafis tak dedah semua la yer? Ada sesetengahnya dia pendam sorang la yer? Sampai ati cikgu..isk..

Haha..rilek. Jangan tacing-tacing dulu. Cikgu Hafis tak laa sekejam itu..

Untuk step yang samar-samar tu, Cikgu Hafis akan ajar dengan lebih detail sebaik saja semua empat siri awal ni tamat. Nanti Cikgu Hafis akan tambah lagi siri-siri baru dalam versi yang lebih advance iaitu Sistem X: FB Stable Income.

Maknanya, kita dah takyah dah nak Google atau cari kat YouTube. Sebaliknya, Cikgu Hafis sendiri yang akan sediakan video untuk step-step tersebut. Kita cuma perlu mintak dengan Cikgu Hafis untuk dapatkan video tu nanti. Macam mana cara nak mintak, kena tunggu cikgu bagitau :)

Kesimpulannya, Sistem Bisnes Internet Cikgu Hafis ni memang paling sempoi buat anda yang minat nak tahu produk apa yang senang jual, lubuk supplier, cara nak promote tanpa modal dan cara berniaga online melalui FB..bermula dengan cara nak buat kedai online di FB, cara nak tarik trafik berkualiti dari FB dan last sekali, cara nak dapat sale melalui FB dan emel.

Kalau itu yang anda cari selama ni, maka jawapannya memang berada tak jauh dari sini. Sekali klik, terus sampai destinasi --►Sistem Bisnes Internet Cikgu Hafis ;)

ps: on the way nak gi praktik teknik ARBITRAGE..

Related Posts:

3 Responses to "Review: Cara berniaga online melalui Sistem Bisnes Internet Cikgu Hafis"

permatamama said...

nampak banyak info yang bermanfaat!

raihanah said...

best juga buat cara macam ni kan

Bisnis Borneo said...

besnes online sekarang ini memang sangat menjanjikan tnks for sharing !!

buat duit dengan shopify