Contoh Iklan Menggunakan Teknik AIDA - Berniaga Online

Contoh Iklan Menggunakan Teknik AIDA



Teknik AIDA ni adalah salah satu teknik dalam pemasaran produk/servis. Tujuannya ialah untuk menyusun bahan promosi yang kita gunakan dan jugak untuk 'mengumpan' atau menarik respons daripada orang yang sedang membaca/melihat iklan kita. Perasan tak, kalau kita tengok iklan promosi kat group-group iklan di Facebook, iklannya macam sunyi-sepi je. Langsung takde sape yang nak like atau komen. Haaa..dengan teknik AIDA ni, kita cuba untuk elakkan perkara yang sama daripada berlaku terhadap iklan promosi kita.

AIDA tu apa?

A - Attention
I - Interest
D - Desire
A - Action

Attention:
Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan kita dengan segera. Biasanya kita gunakan headline atau grafik yang cepat menarik perhatian.

Interest:
Bertujuan menimbulkan minat terhadap perkara yang kita promosikan. Di sini kita boleh ceritakan tentang kelebihan produk dan ciri-cirinya.


Desire:
Bertujuan untuk menguatkan minat hingga rasa ingin memiliki. Kita boleh gunakan testimoni kes sebenar ataupun video yang menunjukkan betapa mudahnya bagi pelanggan untuk mengendalikan produk

Action:
Arahan yang kita mahu prospek/bakal pelanggan kita buat apabila minat mereka telah mendalam.

Contoh iklan:



[Attention]
★★★PROMOSI MANTOP SEMPENA AIDILADHA★★★

[Interest]
Bagi setiap pelaburan untuk saham akhirat yang anda buat bagi mendapatkan Pakej Aidiladha ni, anda akan menerima satu set Pen Al-Quran Digital MyQalam termasuk bonus hadiah istimewa iaitu SEJADAH KOMPAS, KAMUS MELAYU-ARAB, PANDUAN HAJI & UMRAH dan juga BEG KULIT.

Anda merupakan di antara insan yang bertuah jika mendapatkan pakej promosi ni kerana bonus hadiah istimewa yang kami tawarkan, contohnya sejadah kompas, boleh dikatakan agak 'rare' dan agak sukar diperolehi di luar sana.

Panduan Haji & Umrah pula boleh dikatakan antara yang paling mesra pengguna yang terdapat di pasaran dan paling mudah untuk digunakan.

Anda cuma perlu 'sentuh' pen digital pada panduan tersebut, dan pen ini akan membantu anda dengan memperdengarkan bacaan yang betul untuk niat, lafaz Talbiyah, doa semasa Tawaf dan sebagainya.

Begitu juga dengan Kamus Melayu-Arab yang didatangkan dengan fungsi yang sama. Cuma 'sentuh' pen pada kamus dan dengarkan sebutan yang betul dalam bahasa Arab bagi setiap ucapan seperti ucapan tahniah, bertanyakan arah dan banyak lagi.


 Juga tidak ketinggalan, beg kulit untuk mengisi set MyQalam ni. Beg kulit ni, jika anda pilih untuk beli secara berasingan, dijual pada harga pasaran di antara RM30-RM40.

[Desire]


[Action]
Jadi, rasa-rasanya apa kata anda? Berminat dengan promosi eksklusif kami ni? Jika betul berminat, boleh klik di sini sekarang untuk dapatkannya, sebelum anda terlepas tawaran ni buat selama-lamanya --► http://bit.ly/qalamdigital :)

sumber: Muslimcube

Related Posts:

0 Response to "Contoh Iklan Menggunakan Teknik AIDA"

buat duit dengan shopify