Waktu Paling Ramai Orang Buka Facebook - Berniaga Online

Waktu Paling Ramai Orang Buka Facebook


Kali ni saya cuba untuk kongsikan waktu paling ramai orang buka Facebook. Hasil kajian tak rasmi ni saya copy & paste daripada usahawan-usahawan Facebook yang dah lama berniaga di FB. Penting jugak sebenarnya untuk kita tahu waktu-waktu puncak nih, nak-nak lagi bagi seorang usahawan di Facebook. Maklum sajalah, Facebook ni berkonsepkan "Live Updating". Update status promosi pukul 3 pagi, dah semestinya orang yang buka Facebook jam 9 pagi takkan nampak status kita..sebabnya post dah jauh tenggelam kat newsfeed. Bila tak ramai yang lihat, maknanya kuranglah prospek. Bila prospek kurang, otomatik peluang nak buat sale pun tak berapa nak cerah, ye tak? :)

Berikut adalah waktu buka Facebook yang paling sesuai kalau kita nak promote apa-apa produk atau servis (copy & paste ye):

Selepas subuh (6am – 7am):

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.


Selepas minum pagi (8am – 10am):

Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.


Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm):

Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.


Selepas minum petang (4pm – 6pm):

Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.


Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):

Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju ke arah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.

So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.


kredit foto: bubblews.com

Related Posts:

3 Responses to "Waktu Paling Ramai Orang Buka Facebook"

fansbite said...

Terima kasih informasinyam sangat bermanfaat sekali. Saya memang ingin memaksimalkan facebook fanspage saya. Udah banyak lika tapi sepi

Adam Kurniawan said...

thanks untuk tips dan triknye...

hendri hendriyana said...

mantep nih buat promosi.wkwkwk