[Episod 2] Tiga Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa - Berniaga Online

[Episod 2] Tiga Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa

Entri sebelum ni tentang bisnes Internet, kita berhenti setakat dilema orang makan gaji yang baru nak mula bisnes dan berdepan dengan 1001 cara buat duit online kan? Untuk tambah memberatkan kepala, kita tambah lagi dua masalah.

2) Kepantasan Penjanaan Wang

Sebaik saja mereka dah pilih model bisnes Internet apa yang nak dibuat, sudah semestinya perkara kedua yang akan difikirkan ialah, berapa lama masa yang diperlukan sebelum mereka dapat tengok hasilnya.

Selalunya setelah dipancing dengan keindahan untuk buat duit melalui bisnes Internet, seseorang individu yang masih baru dengan bisnes ini akan menganggap bahawa amat mudah untuk jana wang melalui Internet. Cuma kena buat satu dua perkara, terus akaun bank mereka akan kembung dengan wang ringgit.

Hakikatnya taklah begitu. Biasanya, bagi orang yang baru bermula ni, mereka perlu tunggu sehingga 6 bulan untuk melihat pendapatan RM1 yang pertama hasil daripada bisnes Internet. Bagi kes yang lebih ekstrem, ada yang lepas setahun pun belum tentu lagi mereka dapat buat duit, walaupun satu sen.

Semuanya disebabkan salah pilih strategi dan model bisnes Internet, rentetan daripada masalah utama yang pertama sekali dikongsikan sebelum ni. Bila kita pilih strategi dan model yang salah, maka lambatlah untuk kita terima wang pertama melalui Internet.

Tidak semua strategi dan model bisnes Internet dihasilkan sama. Ada strategi dan model bisnes Internet yang dapat mendatangkan hasil lebih cepat berbanding yang lain. Perbezaan ni perlu kita kaji sebelum buat pilihan bisnes terbaik, seterusnya dapat mencapai kejayaan yang lebih pantas melalui Internet.

3) Kekurangan Mentor Yang Sesuai

Ini realiti di Malaysia yang terpaksa kita akui. Kurangnya mentor atau pakar yang dapat berkongsi ilmu macam mana untuk menjana pendapatan tambahan secara part-time melalui Internet, walaupun dalam masa yang sama, masih lagi bekerja makan gaji.

Sebahagian besar pakar bisnes Internet yang ada sekarang ni, adalah terdiri daripada mereka yang telah menjalankan perniagaan di Internet secara sepenuh masa.

Cuma ada sebilangan kecil saja orang yang masih bekerja makan gaji dan tahu cara serta dapat menjana pendapatan lumayan melalui Internet. Tapi yang tak bestnya pula, ramai antara mereka ni yang kurang gemar untuk berkongsi rahsia mereka dengan orang lain. Jadi, memang sukar untuk orang baru nak dapatkan pengetahuan dan pengalaman daripada insan-insan hebat ni.

Kesimpulannya, inilah 3 masalah utama bagi pekerja sepenuh masa yang berkira-kira untuk memulakan bisnes Internet.

Jadi, cara nak selesaikannya macam mana? Jawapannya, ada pada satu pakej hebat yang dapat membantu mengatasi ketiga-tiga masalah besar tadi.

Pakej yang dimaksudkan ialah Pakej Usahawan Makan Gaji. Pakej ni dihasilkan oleh seorang pakar bisnes Internet iaitu saudara Eruwan Gerry. Eruwan Gerry ni merupakan satu-satunya pakar bisnes Internet yang masih bekerja makan gaji, tetapi mampu untuk menjana pendapatan tambahan lumayan melalui Internet!

Apa yang lebih menarik, strategi yang beliau kongsikan adalah strategi yang terjamin dapat menjana wang pantas dan tidak memerlukan sistem yang sukar dan masa yang lama untuk mempelajarinya.

Untuk lebih kenal siapa Eruwan Gerry ni dan jugak maklumat lanjut tentang Pakej Usahawan Makan Gaji, boleh klik di sini:

http://bit.ly/usahawanbergaji

Update: Jualan ditutup buat sementara..harap maaf yer.

Related Posts:

0 Response to "[Episod 2] Tiga Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa"

buat duit dengan shopify