3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa - Berniaga Online

3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa

Kalau kita tengok pada statistik, kebanyakan daripada mereka yang baru nak kenal-kenal dengan bisnes Internet ni, biasanya datang daripada golongan yang bekerja tetap, sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
Tak kurang jugak yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan.

Mereka tertarik untuk turut serta dalam dunia bisnes Internet setelah digula-gulakan dengan ayat-ayat manis untuk buat duit mudah, sebagaimana yang mereka baca atau dengar melalui media massa dan elektronik serta jugak daripada pakar-pakar bisnes Internet dari dalam dan luar negara.

Langkah pertama mereka dalam dunia bisnes Internet bermula dengan impian yang cukup menggunung, tapi selepas bersengkang mata mengadap Internet siang dan malam, menghabiskan masa berbulan-bulan hinggalah setahun lamanya; impian mereka hancur dan akhir sekali mulalah nak berputus asa, gara-gara tidak mampu untuk jana pendapatan pertama melalui Internet, walaupun cuma RM1!

Sebenarnya, situasi macam ni bukanlah sesuatu yang pelik, malah pakar ekonomi dan pakar bisnes Internet jugak pernah sependapat; 90% daripada mereka yang bercita-cita untuk buat duit melalui Internet, akan gagal.

Dan kebarangkalian ni akan jadi lebih tinggi apabila melibatkan mereka yang masih bekerja sepenuh masa tapi tetap nak cuba nasib dalam arena bisnes Internet. Biasanya, mereka akan tersepit untuk membahagikan masa antara kerja dan bisnes Internet. Terlalu asyik dengan bisnes, kerja akan terabai. Terlalu fikirkan kerja, bimbang pulak tak cukup masa untuk bisnes. Hanya sebahagian kecil saja yang betul-betul boleh dianggap akan berjaya.

Berikut adalah 3 masalah utama yang kerap dihadapi oleh pekerja sepenuh masa apabila ingin menjadikan bisnes Internet sebagai sumber pendapatan sampingan mereka:


1) 1001 Cara Buat Duit Melalui Internet

Yang ni merupakan masalah paling utama bagi seseorang yang baru nak bermula dalam bisnes Internet. Apabila masuk saja ke dalam dunia Internet, mereka akan terdedah kepada 1001 cara untuk buat duit melalui Internet. Ada yang syorkan supaya jual ebook, ada jugak yang tawarkan jual laman web keahlian, ada yang bagi idea suruh jual produk fizikal, ada yang suruh buat jualan melalui lelongan online, ada yang sarankan buat duit dengan jual nama domain, tak kurang jugak yang beria-ia mintak pertimbangkan bisnes jual laman web dan macam-macam lagilah istilah yang tak biasa didengar.

Pendek kata, ada banyak strategi dan model bisnes yang boleh dibuat untuk jana pendapatan tambahan melalui Internet. Cuma masalahnya, macam mana seseorang yang baru atau newbie dan tak punya banyak pengalaman, nak buat pilihan yang tepat untuk diri mereka?

Bagi yang tukang promote plak, semestinya mereka akan berat sebelah dan menceritakan yang baik-baik saja tentang idea bisnes Internet mereka. Bila semuanya menjanjikan bulan dan bintang, pastilah makin payah bagi individu yang bekerja sepenuh masa ni untuk tentukan model bisnes Internet yang mana satu sesuai dengan mereka.

Ooppss..lagi dua masalah utama, InsyaAllah, kita sambung esok, pukul 10 pagi ye :D

Update: Klik sini untuk baca sambungannya --► Episod 2

Related Posts:

1 Response to "3 Masalah Utama Bisnes Internet untuk Pekerja Sepenuh Masa"

Pemborong Tshirt Ensaz said...

ye memang betul kata-kata tuan tu.. memang ramai golongan yang bekerja yang fikirannya terawang2 semasa membuat kerja memikirkan bisnes internet mereka. samalah dengan saya satu masa dahulu..hehe

buat duit dengan shopify