Archive for October 2011

Promosi Melalui Note


Manfaatkan penggunaan note di Facebook dan tulislah artikel yang berkualiti. Artikel yang berkualiti seharusnya tidak terlalu hype. Sebaliknya, banyakkan perkongsian tentang keistimewaan produk/servis kita berbanding pesaing yang lain.
Hype: melebih-lebih dalam mempromosi produk/servis. Contoh ayat yang biasa kita dengar - Daftar sekarang dan lihat RM50 bertalu-talu masuk ke akaun bank anda, modal cuma RM30 untung RM1 juta, guna produk kami dan dapatkan 6 ketul (six pack) dalam 3 minit ;) dan...macam-macam lagilah. Contoh ayat yang anda pernah dengar? :)

Related Posts:

Produk Orang, Tapi Nama Kita?


Ingat tak hari tu kita bercerita tentang buat duit di Internet dengan menjual produk digital? Antara perkara yang dibincangkan ialah, menjual produk digital yang dihasilkan oleh orang lain, tapi kita boleh claim sebagai produk kita sendiri.

OK..produk digital yang dimaksudkan ialah produk yang didatangkan dengan lesen PLR (Private Label Right). Apabila kita membeli mana-mana produk digital yang disertakan dengan lesen ini oleh tuan punya produk, maknanya kita boleh edit keseluruhan kandungan produk tersebut, letak nama kita sendiri sebagai penulis, jual kembali pada harga yang kita tentukan sendiri dan 100% daripada harga tersebut terus masuk ke poket kita.

Secara asasnya, ada tiga jenis lesen untuk produk digital yang boleh dijual kembali, iaitu:
  1. Private Label Right (PLR)
  2. Master Resell Right (MRR)
  3. Resell Right (RR)
  4. Personal Right (PR)
Apa saja produk digital yang tidak disertakan dengan mana-mana lesen di atas, bermakna produk tersebut hanya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Perbezaan Setiap Jenis Lesen:
LESEN PLR:

[YA] - Kegunaan sendiri
[YA] - Boleh dijual
[YA] - Boleh meletakkan nama anda
[YA] - Boleh diubahsuai
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel blog
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel web
[YA] - Boleh dipakejkan dengan produk berbayar
[YA] - Boleh diberkan bonus kepada produk bebayar
[YA] - Boleh dijual dengan lesen MRR
[YA] - Boleh dijual dengan lesen RR
[TIDAK] - Boleh memindahkan hak lesen PLR

LESEN MRR:

[YA] - Kegunaan sendiri
[YA] - Boleh dijual
[YA] - Boleh meletakkan nama anda dan nama saya
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel blog
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel web
[YA] - Boleh dipakejkan dengan produk berbayar
[YA] - Boleh diberikan bonus kepada produk bebayar
[YA] - Boleh dijual dengan lesen RR
[TIDAK] - Boleh diberikan PERCUMA
[TIDAK] - Boleh diubahsuai
[TIDAK] - Boleh diletakkan dalam laman keahlian terbuka
[TIDAK] - Boleh dijual dengan lesen MRR
[TIDAK] - Boleh memindahkan hak lesen PLR

LESEN RR:

[YA] - Kegunaan sendiri
[YA] - Boleh dijual
[YA] - Boleh meletakkan nama anda dan nama saya
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel blog
[YA] - Boleh digunakan sebagai artikel web
[TIDAK] - Boleh diberikan PERCUMA
[TIDAK] - Boleh diubahsuai
[TIDAK] - Boleh diletakkan dalam laman keahlian terbuka
[TIDAK] - Boleh menjualnya dengan lesen RR
[TIDAK] - Boleh dijual dengan lesen MRR
[TIDAK] - Boleh memindahkan hak lesen PLR

LESEN PR:

[YA] - Hanya untuk kegunaan dan rujukan sendiri

Dah nampak perbezaannya, kan? Semoga bermanfaat :)

Sumber: Kedai Kopi IM
Foto: AbooAin 

Related Posts:

Strategi Pemasaran Yang Efektif


Untuk promosi produk/servis di Facebook, cuba amalkan teknik berikut bagi menarik respon yang lebih baik sama ada daripada friendlist, ahli group atau fanpage:
  • mesti aktif dan pandai bergaul
  • tindak-tanduk harus beretika (elakkan berbahasa kasar dan sebagainya)
  • jadi pakar
  • jika tidak, tunjukkan minat pada sesuatu niche/bidang
  • banyakkan perbincangan mengenai niche tersebut
  • dapatkan prospek yang targeted
  • promosi tanpa sedar (softselling)
  • buat penawaran
  • buat jaringan atau group untuk sokongan
  • kaji pencapaian dan cuba strategi baru
Softselling: berikan tips dan panduan dalam niche/bidang kemahiran kita dan seterusnya berikan link sebagai rujukan. Boleh juga beri produk percuma seperti ebook/laporan dan tinggalkan link kita dalam produk percuma tersebut. Atau bercerita tentang produk/servis dari sudut lain dan bukannya mempromosi terus produk/servis tersebut.
Sumber: Kedai Kopi IM
Foto: Puspatani 

Related Posts:

Pilih Produk Wanita



Cara mudah untuk bermula dengan bisnes affiliate! Pilih satu produk digital berharga RM10. Pastikan komisen adalah 50% atau lebih. Pastikan juga produk itu hot terutamanya untuk wanita. Pasarkan di Facebook & forum. InsyaAllah, jika dalam 40-50 klik, satu jualan paling kurang boleh dihasilkan. Tugas affiliater sebelum menghasilkan jualan adalah mendapatkan klik yang banyak terlebih dahulu.

Kenapa produk wanita? Sebab kuasa mutlak shopping banyak terletak di tangan para wanita ;) dan jangan tak percaya, ada suami yang tanya isteri dulu sebelum nak beli apa-apa produk di Internet :)

Related Posts:

Belajar Perniagaan Internet Melalui Komik Niaga

Rasa-rasanya, ada tak cara paling santai macam mana nak belajar ilmu perniagaan Internet ni? Jawapannya, memang ada, iaitu melalui Komik Niaga. Komik Niaga ni macam komik biasa juga, cuma dalam bentuk digital atau e-komik.

E-komik ni dihasilkan oleh otai-otai atau orang yang dah lama pakar dalam bidang perniagaan Internet. Mereka ini juga dikenali sebagai Internet marketer (pemasar atau usahawan Internet).

Komik Niaga turut mendapat sentuhan dan khidmat nasihat daripada Kartunis Ubi dan Kartunis Nik dari majalah UJANG.

Berminat nak dapatkan koleksi e-komik ni? Klik saja pada cover kat bawah ni untuk download (edisi 1 hingga 5) dan tak perlu risau, segalanya dijamin PERCUMA...





Related Posts:

Bina Persahabatan Dengan Friendlist

Nak berniaga melalui Facebook? Mulakan dengan friendlist kita yang ramai tu :) Tapi bukan dengan terus mempromosi produk/servis, sebaiknya bina relationship atau persahabatan terlebih dahulu.

Macam mana nak bina persahabatan ni? Hmmm..tak susah sebenarnya. Pertama sekali, setiap kali friendlist kita update status, kalau ada yang kita suka atau setuju, rajin-rajinkan diri untuk tekan 'like'. Kalau rasa kita ada pendapat untuk kongsi sama, cuba 'comment'. Percaya laa..tiada siapa yang tak suka kalau status mereka ada yang sudi komen. Tapi, pastikan komen yang baik-baik je la ;)

Lepas tu, waktu kita nak update status. Apa yang saya tahu, hampir kesemua friendlist kita akan berasa tak selesa, atau fedup, kalau kita selaluuu sangat cerita pasal produk/servis dalam status kita. Sebaik-baiknya, kita update dulu tentang perkembangan diri kita, atau perkara-perkara best yang berlaku kat kita hari ni, upload gambar-gambar aksi comel anak-anak kita, gambar-gambar percutian, atau gambar-gambar lucu yang banyak boleh didapati dari Internet, berkongsi kisah-kisah lucu, atau apa saja..yang penting dapat menarik perhatian friendlist kita untuk 'like' atau 'comment'. Bila dah ada yang 'like' atau 'comment', jangan pula kita buat-buat lupa untuk respon balik :)

Pasal produk/servis kita tu, kita cuma akan cerita bila kita rasa perhubungan kita dengan friendlist kita tu dah mula rapat, mula kamceng. Masing-masing dah boleh saling bergurau dan gelak 'haha' (gelak kuat), bukan setakat gelak 'hehe' (gelak sopan) ;) Masa tu laa baru kita mula menjual/mempromosi.

Atau sekurang-kurangnya, update dulu status tentang diri kita sebanyak 3 kali, kemudian barulah kita update 1 kali status untuk mempromosi produk/servis.

Foto: MyIbrah

Related Posts:

Gunakan Gambar dan Nama Sebenar



Untuk mempromosikan bisnes Internet kita, seboleh-bolehnya, gunakan gambar dan nama sebenar. Bukannya sekadar menunjukkan gambar dan jenama produk/servis. Ini penting untuk membina kredibiliti dan mendapatkan kepercayaan daripada bakal pelanggan, juga sebagai bukti yang kita betul-betul serius dan jujur dalam bisnes kita.

Related Posts:

Perniagaan Internet: Tak Kenal, Maka Tak Cinta




Bila kita sebut saja tentang perniagaan, sudah tentulah maksudnya berkait rapat dengan aktiviti buat duit, kan? Salah satu cara atau usaha yang kita lakukan untuk jana pendapatan, selain daripada kerja makan gaji.

Bila kita bercakap pula tentang perniagaan Internet, bisnes onlinebisnes Internet atau buat duit online; selalunya apa pula yang terlintas di fikiran kita? Adakah:
• Infinity Downline?
• Login Facebook Dapat RM100?
• Melabur sikit, lepas tu duduk diam dapat duit? :)

Salah...bukan begitu maksudnya (sebelum saya terlupa, Infinity Downline dan Login Facebook Dapat RM100 ni statusnya haram yer..)

Perniagaan Internet ni samalah juga macam perniagaan-perniagaan yang biasa kita tengok di luar sana. Ada modalnya, ada kedainya, ada produk atau servisnya, ada usaha kerasnya...kemudian barulah ada hasil atau keuntungannya.

Kalau perniagaan biasa atau dipanggil juga perniagaan offline, kedainya mungkin dalam bentuk premis yang dihias indah, didirikan pula di kawasan yang strategik, gah dengan signboard besar tertulis nama kedai, bilangan pekerja yang ramai dan kerja-kerja promosi  melalui akhbar, TV dan sebagainya untuk menarik pelanggan.
Semua ini senang-senang saja boleh menelan kos sehingga beratus-ratus ribu ringgit.

Berbeza dengan perniagaan Internet atau juga orang panggil perniagaan online, kedai kita adalah dalam bentuk laman website, blog ataupun fanpage; tapak kedai pula sama ada menggunakan Facebook, hosting sendiri, Blogspot, ataupun Wordpress; 'signboard' nama kedai bermula dengan www, pekerja tidak perlu ramai...untuk permulaan cukup sekadar kita sendiri menguruskan semuanya dan untuk promosi, lakukan saja di Facebook atau dengan blogwalking (sekadar contoh).

Yang paling menarik, kesemua langkah asas untuk memulakan perniagaan Internet ini boleh dilakukan dengan modal serendah RM0.00!!! (err..kalau pun lebih sikit, mungkin untuk bayar bil elektrik dan juga bil broadband..hehe..) dan tambah syok, segala kerja boleh dibuat di rumah.

Nak bisnes Internet...nak jual apa?
Macam-macam perkara sebenarnya yang boleh kita usahakan untuk buat duit online ni. Antaranya termasuklah menjual produk (fizikal dan digital), menawarkan servis atau perkhidmatan, menjadi ejen affiliate kepada produk/servis kepunyaan orang lain, menjadi ejen dropship kepada produk/servis orang lain atau aktif sebagai penulis blog.

Menjual produk:
Produk fizikal:
Produk fizikal ni, senang cerita, produk yang boleh kita pegang. Jadi, juallah apa saja produk selagi tidak haram di sisi agama dan undang-undang negara :) Contohnya, jual tudung, jersi, telefon bimbit, contact lens, makanan segera tempatan, teddy bear dan sebagainya.
Atau paling mudah, jual saja barangan milik kita yang kita tak perlukan lagi melalui portal Lelong atau eBay.

Produk digital:
Produk digital pula selalunya dalam bentuk ebook, audiobook, video, software dan lain-lain. Produk yang paling popular biasanya ebook dan software. Maknanya, kalau nak jual produk digital, kita perlu terlebih dahulu menjadi penulis ebook atau menghasilkan audiobook, video, software dan lain-lain.

Walau bagaimana pun, ada juga cara untuk menjual produk digital tanpa perlu menghasilkan produk digital sendiri. Kira macam orang lain yang hasilkan produk, tapi kita boleh claim sebagai produk kita sendiri. Yang ni saya akan ceritakan kemudian (tungguuuuu.. :))

Menawarkan servis/perkhidmatan:
Jika kita ada kepakaran dalam apa-apa servis/perkhidmatan, tawarkan khidmat tersebut di Internet. Sebagai contoh, jika kita mahir dalam bidang grafik, tawarkan khidmat rekabentuk banner iklan, bisnes kad, kad kahwin, gambar profile untuk Facebook atau sebagainya. Lain-lain servis pula seperti khidmat mengambil gambar untuk majlis-majlis tertentu, rekabentuk laman web, penulisan dan banyak lagi.

Menjadi ejen affiliate:
Jadi ejen affiliate ni, konsepnya samalah juga macam salesman yang selalu kita tengok hari-hari tu :) Kita tolong promosikan produk kepunyaan orang lain, bila ada jualan, kita akan dibayar komisen.

Produk yang boleh kita affiliatekan selalunya dalam bentuk fizikal, digital atau seminar. Produk-produk ini biasanya mempunyai laman web sendiri. Jadi, tugas kita ialah, daftar sebagai affiliate di laman web tersebut secara percuma dan dapatkan link khas yang mengandungi ID kita.

Sebagai contoh: http://www.namaproduk.com/?ref=IDkita.
Promosikan link yang diberi, bila ada orang klik dan membuat belian melalui link tersebut, tuan punya produk akan membayar komisen kepada kita. Semudah itu :)

Menjadi ejen dropship:
Nak jadi ejen dropship, biasanya banyak melibatkan produk fizikal. Konsepnya pula lebih kurang sama dengan konsep affiliate, cuma terbalik sikit je :) Kalau affiliate, pelanggan akan membayar terus kepada pemilik produk. Lepas tu, barulah pemilik produk akan membayar komisen kepada kita.

Untuk dropship, kita cuma perlu promosikan produk, jika ada pelanggan yang minat nak beli, mereka akan buat bayaran terus kepada kita. Daripada jumlah bayaran yang kita terima itu, tolak jumlah bayaran keuntungan bagi pihak kita, dan bakinya hendaklah dibayar kepada pemilik produk sebagai harga modal (err..paham tak ni? Takpe..kalau tak paham, nanti boleh tanya lagi ;)).

Jadi, tugas kita cuma perlu promosi produk dan terima bayaran. Segala kerja pembungkusan dan penghantaran pula akan diuruskan oleh pemilik produk. Senang kan?

Aktif sebagai penulis blog:
Nak buat duit dengan blog pula, kuncinya mudah saja. Dapatkan trafik atau pelawat sebanyak yang mungkin. Bila jumlah trafik dah tinggi, kita memang boleh jana pendapatan dengan:

• meletakkan banner iklan daripada rangkaian pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang, Advertlets, Innity dan sebagainya

• tawarkan ruang iklan kepada mereka yang berminat

• letak banner untuk promosikan produk affiliate kita

• jual produk/servis melalui blog

Kesimpulannya, perniagaan Internet bukan bermaksud pelaburan Internet atau skim cepat kaya. Dan semestinya bukan Infinity Downline mahu pun Login Facebook Dapat RM100. Bak kata orang, "Internet business is serious business" ;)

Jadi, macam mana sekarang? Dah dapat idea dah nak meniaga apa kat Internet ni? :)

Foto: Kelas Blogger

Related Posts:

Jutaan Terima Kasih

Jutaan terima kasih buat anda kerana sudi untuk dapatkan panduan percuma daripada blog berniagaonline.com. Saya dah hantar link pengesahan ke alamat emel anda. Klik link tersebut dan nanti saya akan emelkan siri pertama panduan ni. Terima kasih sekali lagi :)

Related Posts:

buat duit dengan shopify