Review Teknik Pemasaran Video Oleh Cik Zyan - Berniaga Online

Review Teknik Pemasaran Video Oleh Cik Zyan

Hehe..bro Zyan sebenarnya. Bro Azian Bin Usman. Tapi mungkin disebabkan nama beliau yang sedikit bertemakan awek, atau mungkin jugak sebab beliau ada menjual produk yang khas untuk kaum Hawa..maka ramai laa antara pelanggan yang tersalah anggap dan memanggil beliau dengan gelaran mesra Cik mahupun Puan. Jangan marah yer bro Zyan :D

Untuk entri ni, saya bukan nak cerita siapa dia bro Zyan nih..tapi saya nak kongsi tentang salah satu produk power yang telah beliau hasilkan. Kenapa power? Sebab setakat ni, produk ataupun panduan buat duit daripada bro Zyan ni adalah satu-satunya produk info yang telah saya dapatkan, amalkan dan terus boleh tengok hasilnya (cuma ambik masa sikit jer)..hanya dengan sekali cuba. Alhamdulillah..

Kalau nak banding dengan produk-produk yang saya beli sebelum ni, ada yang masih lagi tak balik modal walau pun dah banyak kali cuba [belum rezeki :)], ada yang perlukan modal besar baru dapat lihat keuntungan pertama, ada yang kita perlu adjust ikut kesesuaian pengetahuan (newbie atau expert) dan sebagainya.

Berbeza dengan ilmu yang di-share oleh bro Zyan, saya cuma perlu tiru bulat-bulat jer apa yang beliau ajar. Nak tahu ni produk apa? Jom skrol ke bawah..

Teknik Pemasaran Video..kalau tengok pada websitenya, itulah nama produk terbaru bro Zyan nih. Melalui produk hebat ni, kita akan diajar macam mana nak buat pemasaran guna video, dapatkan ranking first page Google dan seterusnya buat duit dengan produk affiliate Clickbank. Tapi, tak semestinya produk Clickbank jer..untuk promote produk Malaysia pun boleh jugak guna teknik ni.

Teknik Pemasaran Video ni didatangkan dalam bentuk video tutorial yang boleh di-download. Ada 6 video semuanya:

Video 1
Dalam video pertama ni, bro Zyan akan share cara-cara untuk pilih produk Clickbank yang sesuai untuk kita promote. Ada beratus-ratus produk yang tersenarai di platform Clickbank. Kalau tersalah pilih, ada kemungkinan kita akan terpromote produk yang payah orang nak beli..tak pun produk yang senang laku, tapi senang jugak utk orang mintak refund. Jadi, video ni akan bantu kita untuk pilih produk yang paling tepat.

Video 2
Dah pilih produk yang berkenan, tibalah pulak masa untuk kita pilih keyword yang tepat yang berkaitan dengan produk. Pemilihan keyword yang betul akan bantu kita untuk rank first page Google nanti. Dalam video kedua ni, bro Zyan akan terangkan dengan panjang lebar macam mana nak pilih keyword yang kurang persaingan, mudah untuk rank, berapa banyak keyword yang diperlukan, keyword mahal, keyword murah dan banyak lagi.

Video 3
Produk dah ada. Keyword pun dah stenbai. Langkah seterusnya, buat video promosi. Nak buat video ni macam-macam cara ada. Buat sendiri boleh, upah orang boleh, pinjam orang punya pun boleh..

Kalau buat sendiri, tool apa yang boleh kita guna? Kalau nak upah orang, kat mana kita nak cari orang yang offer servis terbaik pada harga super-duper murah? Kalau pinjam, macam mana nak tahu yang kita tak langgar hak cipta orang?

Semua tu ada diceritakan dalam video tutorial ketiga. Dalam video ni jugak bro Zyan akan bagitau ciri-ciri yang patut ada dalam sesebuah video promosi untuk elakkan orang menyampah dan seterusnya untuk elakkan orang daripada klik butang 'dislike' :)

Video 4
Dah siap video, sekarang boleh laa kita upload ke YouTube. Tapi, upload camtu jer ke? Tajuk video, description dan tag takyah letak apa-apa?

Haaa..untuk bahagian tajuk, description dan tag tu, video tutorial keempat ada jawapannya. Kira penting jugak tiga bahagian ni..sebab nanti ia akan membantu video kita untuk lebih 'hidup' di Youtube, dan jugak untuk optimasi Google.

'Hidup' maksudnya, bila orang klik video lain yang lebih kurang sama isinya dengan video kita, YouTube akan cadangkan sekali video kita kepada viewer tersebut (yang selalu kita nampak video berderet kat bahagian tepi YouTube tu).

Optimasi Google plak maksudnya, bila orang search satu-satu keyword yang berkaitan dengan produk yang kita promote, video kita akan muncul mula-mula sekali kat first page Google.

Video 5
Selalunya, lepas kita upload video ke YouTube, apa kita buat? Biar camtu jer kan? Tunggu jer orang klik ramai-ramai kan? Kan? :)

Kalau upload video lawak ke, highlight game bola ke, takpe la kot kalau nak biar tanpa promosi. Gerenti akan ada punyalah orang yang klik dan view. Tapi kalau video promosi produk pun kita buat camtu jugak, jangan jatuh air mata bila tengok cuma ada 100 view lepas dua tahun :)

Bila view kurang, itu tandanya video kita masih tak lengkap. Jadi, macam mana kita nak tingkatkan view, like dan comment untuk video kita nih? Rahsianya ada bro Zyan bongkarkan dalam video tutorial kelima.

Like dan comment pun nak kena ada sekali? Yup..kena ada. Dengan like dan comment yang banyak akan bantu video kita untuk nampak berkualiti di mata hati Google. Bila ada kualiti, baru laa senang nak daki ranking first page Google ;)

Lagi satu..ingat tak tentang keyword produk yang perlu kita cari dalam langkah kedua? Dalam video ni jugak akan diterangkan macam mana kita nak guna semua keyword tu nanti.

Video 6
Sekarang semua step kita dah buat. Ada apa-apa lagi yang tertinggal?

Ada satu jer lagi..check atau monitor kedudukan video kita sama ada dah ranking first page atau belum, berdasarkan keyword yang kita guna. Macam mana nak check? Boleh buat cara manual dan check satu-satu melalui Google search. Tapi kalau nak cara mudah dan cepat, guna software. Link untuk dapatkan software free ni ada bro Zyan bagi dalam video tutorial keenam..video last sekali. Dengan software ni jugak, kita boleh tahu keyword mana yang telah mendatangkan trafik kepada video kita.

Bila dah rank kat first page, check pulak sama ada dah dapat sale atau belum. Kalau dah, Alhamdulillah, maknanya semua step kita dah buat dengan betul. Kalau belum, boleh rujuk balik langkah-langkah sebelum ni..biasanya mungkin disebabkan silap pilih keyword.

Tapi, betul-betul mujarab ke Teknik Pemasaran Video ni?

Saya dah cuba sekali teknik ni, dan ini hasilnya:

Untuk video ni, saya promote produk affiliate yang berkaitan dengan niche hiburan atau 'Entertainmet'. Dalam masa tak sampai sebulan, video ni mendapat lebih daripada 70,000 views.

Dan Alhamdulillah, buat kali pertama jugak dapat merasa income daripada Clickbank :)

Seperti yang saya bagitau awal-awal tadi, teknik ni jugak berkesan untuk promote produk tempatan.

Kalau anda nak tengok rupa sebenar pakej Teknik Pemasaran Video ni, atau ada terniat nak cuba teknik ni untuk pemasaran produk anda, boleh klik sini yer --► Teknik Pemasaran Video

Related Posts:

0 Response to "Review Teknik Pemasaran Video Oleh Cik Zyan"