Review Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi - Berniaga Online

Review Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi

senarai produk laku keras
...maka senarai produk laku keras ni pasti ada gunanya :)
Nak meniaga ni memang senang. Asal ada modal, ada produk dan terus start promote. Produk laku ke tak, yang tu belakang kira.

Tapi kalau nak meniaga dan nak buat duit, yang tu sedikit masalah. Masalah kalau kita tak tahu apa senarai produk laku keras (produk yang orang selalu beli), kat mana nak cari supplier dan cara nak promote sampai orang tertarik nak beli.

Kalau laa ada short-cut untuk setel masalah-masalah camni..hmmm..

Tengah dok sedap mikir, tiba-tiba member saya, bro Faisal Abdullah; datang bawak buah tangan (hek eleh..dan-dan jer :) )

Dihulurnya seketoi ebook. Buleh tahan memukau gak dia punya tajuk: Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi.

Tapi macam biasa, tabiat bila dapat benda free - download dulu dan peram dalam hard disk sampai bersawang. Lepas sebulan dua baru baca..haha..
senarai produk laku keras
Muka depan daripada 17 muka surat
Nak jadi citer, waktu sebulan dua tu tiba jugak. Tu pun sebab masa tengah dok syok layan Internet, terpaksa off Streamyx jap sebab ada orang telefon. Kalau tak off, nanti line tak clear..berdesing jer bunyinya. Langsung takleh nak dengar suara orang belah sana.

Dan sementara nunggu nak connect balik tu, hati ni rasa tergerak lak nak belek-belek ebook nih..

Kalau tengok pada saiz, ebook ni cuma ada 17 muka surat (lebih kurang 4MB). Tak tebal mana dan memang takkan ambik banyak masa untuk abih baca. Ayat-ayat yang bro Faisal guna pun simple-simple jer, padat dan straight to the point.

Dalam ebook ni, bro Faisal akan kasi pecah lobang - apa dia empat kategori produk yang dah beratus tahun laris di pasaran, dan masih lagi laku keras sampai ke hari ni.

Daripada empat kategori ni plak, bro Faisal bagi lagi contoh-contoh produk yang lebih khusus..tak kurang 30 jenis produk semuanya yang ada dalam senarai ni.

Tak cukup dengan tu, bro Faisal share sekali kat mana nak cari supplier produk-produk ni. Antara supplier ni, ada yang beliau guna secara peribadi, dan ada jugak yang terdiri daripada member-member bro Faisal sendiri.

Supplier plak kemain sempoi, langsung tak mintak modal untuk kita promote. Tak perlu modal sebab kita boleh promote senarai produk laku keras ni secara dropship.

Tak berenti sampai kat situ, pesta pemberian bro Faisal bersambung lagi. Kali ni, beliau dedahkan pulak macam mana kita nak spy trend terkini pembelian online..apa produk terbaru yang paling orang cari-cari sekarang ni. Dah tahu produk apa yang orang nak, lagi senang keje kita nak menjual, yer tak? Step-by-step untuk teknik ni ada bro Faisal tunjukkan melalui empat video tutorial.

Kalau selama ni anda dok tertanya-tanya produk apa yang paling laku, untung tinggi, mana nak dapat produk, supplier mana yang boleh dipercayai..ebook ni memang dah bagi jawapan lengkap. Dah takyah dah nak bazir masa cari produk atau bakar duit buat modal untuk promote produk yang belum tentu ada orang nak beli.
senarai produk laku keras
Kenalkan, uncle..err..bro Faisal Abdullah :)
Antara anda mungkin ada yang nak tahu sape sebenarnya hamba Allah yang bernama Faisal Abdullah ni. Secara ringkas, bro Faisal ni adalah peminat sejati pemasaran online otomatik. Beliau akan explore apa teknik-teknik baru yang boleh bantu seseorang usahawan tu untuk jimat lebih banyak masa dalam mempromosi produk di Internet. Dan sejak tahun 2008 lagi, beliau dah share teknik-teknik ni dengan usahawan baru.

Bro Faisal ni jugak boleh kita panggil sebagai otai pemasaran Facebook. Anda penah dengar tak tentang teknik NLCI (No Link Check Inbox)..teknik yang perlukan prospek untuk komen dulu di status FB sebelum dapat apa-apa detail melalui PM?

Haaa..kalau anda belum tahu, bro Faisal la pengasas teknik ni. Memang betul-betul berhantu teknik ni. Iklan yang saya post di group-group iklan, yang biasanya sunyi sepi, langsung takde orang nak like atau komen..mula start dapat respon bila saya guna teknik ni.

Ebook senarai produk laku keras ni bukan satu-satunya hasil tangan daripada bro Faisal. Sebelum ni, dalam tahun 2011 rasanya, beliau jugak penah keluarkan video rakaman seminar Bina Bisnes Dengan Facebook. Produk ni beliau jual dengan harga RM140 kalau tak silap masa tu..dan saya salah sorang pelanggan pakej video ni.

Daripada pakej video ni, saya belajar tentang flow dan seni yang betul untuk promote produk melalui fanpage, cara nak detect sale guna SMS dan skrip power untuk follow up prospek melalui SMS.

Okeh..setel bab citer baik-baik tentang ebook eksklusif nih :)

Cuma dalam baik-baik tu, ada jugak kurengnya.

Sedikit kureng sebab ebook ni tak ceritakan macam mana caranya nak promote produk.

Cara nak cari senarai produk laku keras tahu, cara nak cari supplier pun dah tahu, tapi kalau tak tahu kat mana prospek kita biasa lepak dan tak tahu cara nak tarik diorang jadi pelanggan..itu boleh jadi masalah.

Tapi rilek..bawak bertenang. Jangan resah-gelisah. Bro Faisal gerenti takkan biar kita terkapai-kapai sorang diri. Sebab kat hujung ebook nanti beliau akan tunjuk jalan macam mana nak promote produk tanpa kos, macam mana nak buat jualan dalam masa 48 jam paling kurang, dan macam mana nak jana pendapatan sampingan sehingga RM2,000 sebulan.

Anda teruja tak nak tahu apa jalannya? Kalau sebelum ni anda tak penah lagi merasa RM2,000 hasil berniaga online, memang tak rugi kalau anda keluarkan sikit duit gaji anda dan dapatkan ebook senarai produk laku keras ni sebagai pelaburan ilmu. Klik dan ikut step-stepnya kat sini --►Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi. Nanti bro Faisal akan hantarkan dia punya link download melalui emel.

ps: ebook ni hari tu bro Faisal share free jer..tapi sekarang ni dah di-upgrade jadi produk premium.

UPDATE: buat masa ni, bro Faisal dah stop jualan untuk ebook ni. Tapi kalau anda masih berminat nak tahu cara nak buat RM2,000 sebulan dengan bisnes online, apa kata anda check detail sini dan baca apa yang bro Faisal nak bagitau --►MB2000

Related Posts:

0 Response to "Review Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi"