Pay-Per-Lead Malaysia: Buat side income tanpa jual produk - Berniaga Online

Pay-Per-Lead Malaysia: Buat side income tanpa jual produk

pay-per-lead Malaysia
Jom bayar bil guna komisen pay-per-lead Malaysia
Semua benda nak naik harga kan? Minyak naik, bil api air naik, bil Astro naik, tambang bas sekolah naik, harga rumah naik..

Jap lagi migrain plak naik. Serabut kepala punya pasal..mikir mana nak korek duit. Last-last, darah pun naik :D

Tapi, daripada kita dok kalut tentang benda yang dah naik, baik kita pikir pasal benda yang tak naik. Apa dia yang tak naik tu?

Oh ya..gaji, tak pun pendapatan bulanan bagi yang berniaga.

So, ada ke cara nak bagi pendapatan lebih sikit?

Adaaa..selain mintak naik gaji dengan bos, keje double shif, apa kata kita try berniaga online?

Alaaa..leceh laa nak meniaga-niaga nih. Kena jual barang la, kena promote la, nak cari modal lagi..

Okeh..kalau gitu, kita pilih meniaga yang tak perlu jual barang, nak?

Haishh..cakap tak tengok orang. Ada ke bisnes camtu?

Adaaa..mana buleh takde. Kita buat bisnes Pay-Per-Lead Malaysia (PPL).

PPL ni asalnya daripada bisnes pemasaran affiliate (affiliate marketing). Kita akan dibayar komisen bila kita promote dan ajak orang atau prospek untuk download produk free orang lain.

Setiap kali nak download produk free ni, mula-mula sekali yang prospek kena buat ialah bagi nama dan emel. Nama dan emel ni laa kita panggil sebagai lead, dan jumlah komisen kita bergantung kepada jumlah lead yang kita dapat. Lagi ramai yang download, lagi tinggi komisen.

Untuk setiap lead ni, owner produk akan bayar kita antara 30 sen hingga RM1.00. Sikit? Itu baru sorang..kalau fiendlist kita ada 5,000 orang, dan yang download plak 500 orang? Tak ke lepas ansuran keta untuk sebulan :D

Tapi pelik jugak kan..cemana owner produk ni buat duit yer? Dah la bagi produk free..tak caj apa-apa, kena bayar kita yang tukang promote ni lagi..

Haaa..ni yang hensemnya tentang pay-per-lead Malaysia nih. Owner produk dan tukang promote dua-dua boleh dapat untung. Win-win situation, kata pakcik-pakcik kedai kopi :)

Bagi owner produk, keuntungan dia mungkin tak nampak sekarang, tapi dalam jangka masa panjang. Dengan jumlah lead yang dia dapat, bila-bila masa dia boleh manfaatkan dengan promote produk-produk berbayar yang lain.

Bagi tukang promote lak, keuntungan dia on the spot. Kita bantu owner produk kumpul lead sebanyak mungkin, dan dapat komisen sebanyak mungkin. Lagi best kalau kebetulan pulak owner produk buat contest untuk ejen promosi dengan lead paling banyak..ada can nak dapat bonus duit lebih, tak pun smartfon ke sebijik..bergantung pada bajet owner.

Nak dapat bayaran pun tak ambik masa lama bisnes PPL nih. Sampai jer hujung bulan dah boleh check akaun untuk tengok hasil. Biasanya time-time camni la owner produk bank-in jumlah komisen kita.

Tapi, bisnes pay-per-lead Malaysia ni senang nak buat ke untuk orang baru?

Terus-terang cakap, tak kisah laa orang baru ke orang lama, InsyaAllah, semua boleh buat. Promote produk free kot..tak perlu suruh orang beli apa-apa pun untuk dapat komisen. Produk yang nak bagi free tu pun bukan kita yang kena sediakan. Takyah nak pikir pun sebab awal-awal lagi orang lain dah siapkan. Lagipun, bila sebut free, sape yang tak suka kan?
pay-per-lead Malaysia
Promote kat group iklan
Tak tau mana nak promote? Akaun FB kan ada. Boleh start di profile sendiri dulu..kan friendlist ada ramai? Group yang kita join banyak-banyak tu? Mana yang izinkan kita promote, kita promote.

Fanpage..ada buat fanpage? Ada ramai likers tak? Kalau ramai, tak salah rasanya kita promote sekali kat page. Bukan nak promote pun, tapi lebih kepada share. Kan kita nak bagi barang free? ;)

Hmmm..kat mana lagi ek? Haa..forum ada. Yang mana ada blog, boleh tulis satu entri simple. Pastu, ping di group-group blogger di FB.

Ajak diorang datang ramai-ramai download ilmu free. Ilmu free ni biasanya kalau tak ebook, boleh jadi jugak owner produk bagi dalam bentuk video, audio dan emel bersiri. Tak pun, grafik free seperti logo untuk blog.

Bagitau sekali yang diorang cuma kena bagi nama dan emel jer untuk download produk free nih. Dan jangan lupa plak..pastikan diorang bagi nama dan emel melalui link khas kita sebagai ejen promosi.

Link ni unik, dan setiap orang yang daftar sebagai ejen akan dapat satu link. Masing-masing akan dapat satu link berbeza. Gunanya untuk detect sape yang bawak lead tersebut ke website dan sape yang patut dapat komisen.

Nampak macam keje senang kan? Bagi nama dan emel jer, dapat komisen. Tapi walaupun senang, jangan laa pulak kita bercita-cita nak main tipu dengan gi daftar sendiri nama dan emel member-member kita, atau alamat emel yang kita reka.

Tak berkat tu satu hal, owner produk pulak bukannya mudah untuk kita ayam-ayamkan. Sebab nanti diorang boleh trace melalui IP address yang kita guna.

Fungsi IP address ni kira macam nombor IC kita, dan setiap komputer yang bersambung dengan Internet seluruh dunia ni akan ada IP address sendiri. Senang cakap, macam alamat rumah kita. Kat dunia ni, mana ada dua alamat rumah yang sama kan?

So, kalau owner produk dapat trace banyak nama dan emel datang dari IP address yang sama, kemungkinan besar dia takkan approve komisen untuk tukang promote tersebut. Silap-silap, akaun ejen pun akan di-banned terus. Langsung takleh nak merasa komisen satu sen pun. Sape suruh main ngelat..yer tak? ;)

Orait..sekarang anda dah jelas apa itu bisnes pay-per-lead Malaysia. Jadi, soal hatinya pulak, anda dah dapat ilham belum untuk try bisnes ni? Kalau anda jawab ya, saya ada satu berita gembira nak share dengan anda.
pay-per-lead Malaysia
Mudah bila kita belajar ilmunya ;)
Penah dengar tak nama Rahman Basri? Bro Rahman Basri ni adalah salah sorang rakan usahawan Internet. Sekarang ni beliau tengah offer peluang kepada sape-sape yang berminat untuk join program PPL yang beliau sendiri anjurkan.

Anda cuma kena daftar nama & emel di sini --►Mudahnya Berniaga Online dan detail tentang cara nak join akan bro Rahman Basri bagi lepas anda dah klik button 'Sign up!'.

Untuk buat komisen lak, anda cuma perlu promote satu kursus online free. Kursus ni bro Rahman Basri sendiri yang handle dan akan dihantar secara bersiri melalui emel.

Apa yang bestnya, komisen yang beliau bagi bukan 30 sen, bukan jugak singgit, tapi RM3.00 untuk setiap lead! Paling tinggi yang ada kat Malaysia sekarang ni. Memang betul-betul meleleh punya offer..sampai saya pun dah terjebak sama :D

Kalau sebelum ni anda dah banyak abih modal beli ebook, video tutorial, pegi seminar, ambik personal coaching yang ajar macam mana nak buat duit online..tapi sampai sekarang masih tak berjaya buat income, bisnes pay-per-lead Malaysia bro Rahman Basri nih memang patut anda join.

Dan untuk psiko anda supaya cepat-cepat join, apa kata kalau saya bagi anda satu software free..bonus sempena Ops Nombor Plet ;)
pay-per-lead Malaysia
Buat headline boleh, buat ayat promosi pun boleh
Software ni asalnya, untuk create headline memukau, tapi saya biasa guna untuk tulis status-status simple khas untuk promote link affiliate/PPL.

Cuma jawab empat soalan mudah, klik-klik sikit, dan nah..terus keluar lebih 90 status sempoi yang boleh anda guna untuk promote PPL di FB. Dah takyah dah sendat kepala perah otak nak mikir ayat promosi :)

Software ni jugak dalam English, tapi rilek..tak perlu risau sebab contoh ayat status dalam BM ada saya sertakan sekali.

Amacam? Best tak software ni? Anda nak tak kalau saya nak bagi free? Kalau nak, jangan lupa daftar nama & emel kat sini --►pay-per-lead Malaysia. Pastu, klik button 'Sign up!' dan tunggu emel daripada bro Rahman Basri yang bertajuk 'Sahkan emel anda dahulu...'.

Dalam emel tu, ada link pengesahan bawah ayat 'CONFIRM BY VISITING THE LINK BELOW'. Anda klik link biru tu untuk confirmkan alamat emel anda.

Dah buat semua step di atas, tinggalkan nama & emel anda kat ruangan komen di bawah. Nama & emel ni perlu sama dengan yang anda daftar di website Mudahnya Berniaga Online.

Lepas saya dah check dan confirm dengan bro Rahman Basri, nanti saya akan hantarkan link download software ke alamat emel anda. Mudah kan? Semudah ABC ;)

ps: jangan pikir lama-lama sangat..takut nanti bro Rahman Basri tutup pendaftaran :D

UPDATE: Anda dah terlepas kapal. Pendaftaran masih lagi dibuka tapi komisen PPL bro Rahman Basri dah turunkan sikit kepada RM1.00 untuk setiap lead..sebab dah cukup 3,000 lead pertama..

UPDATE 2:  Program PPL bro Rahman Basri ni dah pun berakhir secara rasminya pada 24 April 2015 yang lalu. Kalau anda tercari-cari program PPL terbaru, jom cuba yang ni - NiagaAffiliate.
pay per lead Malaysia
Alhamdulillah..sempat merasa RM72. Terima kasih bro RB :)
kredit foto:
www.centralmortgage.com.au

Related Posts:

4 Responses to "Pay-Per-Lead Malaysia: Buat side income tanpa jual produk"

Hafiszan Kamarudin said...

nilai tertinggi ppl buat masa ini, untung mudah betul. bisnes online memang mudah.

kakiblog said...

seringgit pun masih dikira lumayan..10 orang dah dapat RM10

Outbound said...

Hi Bang Amir. Infonya menarik. Cocok untuk yang butuh side income nih. Sukses ya...

Kedai bayi said...

banyak syarikat2 besar menawarkan affiliate nie...tawarannya pun boleh tahan lumayan...