7 cara tarik like Facebook Page yang sempoi tapi power - Berniaga Online

7 cara tarik like Facebook Page yang sempoi tapi power

cara tarik like
Jom bongkar cara tarik like tanpa modal
Semua orang boleh buat fanpage..bila-bila masa dia nak, dan berapa banyak sekalipun.  Tapi tak semua orang tahu macam mana nak dapat like yang banyak untuk fanpage, tambah pulak dalam masa yang singkat.

Bagi pemilik fanpage yang dah tahap otai, yang dah ada like sampai ratusan ribu; antara cara tarik like Facebook page yang selalu diorang guna ialah teknik viral. Teknik ni memang femes sebab simple nak buat dan paling best, langsung tak makan modal duit :)

Kalau anda jarang-jarang dengar, viral ni asalnya daripada perkataan virus. Dalam bahasa mudahnya, bermaksud “merebak dengan cepat”. Kalau bab-bab penyakit berjangkit, memang kita tak suka bila sebut virus-virus nih. Tapi kalau cakap tentang cara tarik like dengan cepat, memang virus ni laa yang paling kita sayang.

Penah tak anda baca mana-mana status menarik; tak kisah laa status dari fanpage ke, group ke, kawan anda sendiri ke..pastu anda klik butang share dan post status tersebut kat wall anda? Pastu, bila anda check balik, status tu di-share pulak oleh adik-beradik anda, member-member anda yang lain, mak-mak sedare, sepupu, bos..

Haa..kalau anda masih belum perasan, tu la contoh teknik viral. Lagi ramai yang share, lagi viral, lagi bagus. Dan teknik viral ni plak tak terhad kepada satu cara ni jer..ada banyak lagi teknik-teknik viral yang lain yang boleh anda guna sebagai cara tarik like ke fanpage.  Nak saya bagitau apa tekniknya? Cer baca lagi kat bawah..

cara tarik like
Try guna teknik viral ni dan tengok kesannya pada fanpage anda
Lebih kurang seminggu yang lepas, salah sorang member saya iaitu bro Wazeen Azizan, ada bagi amanah mintak tolong edarkan secara percuma ebook yang penah beliau tulis pada 2012; khas untuk sape-sape yang masih lagi dok garu-garu kepala, pening mikir macam mana nak tarik like ke fanpage. Tajuk ebook ni PEMASARAN FB: 7 TEKNIK VIRAL PERLU ANDA TAHU MELALUI FACEBOOK.

Bro Wazeen ni dah berpengalaman selama lebih kurang 8 tahun dalam bisnes Internet, dan salah satu kepakarannya ialah pemasaran produk melalui Facebook.

Ebook ni pun tak laa tebal sangat..ada 16 muka surat semuanya. Boleh baca terus secara online. Dah abis baca, download plak masuk dalam hard disk. Senang untuk buat study balik nanti. Nak download pun kejap jer sebab saiz filenya yang tak besar mana..tak sampai pun 1MB.

Dalam ebook ni bro Wazeen akan bongkarkan 7 teknik sempoi tapi power yang biasa beliau guna sebagai cara tarik like ke fanpage dan jugak sebagai umpan untuk tarik pelanggan baru. Bro Wazeen jugak boleh gerenti yang 90% daripada kita dah selalu sangat tengok teknik-teknik ni tapi langsung tak terlintas untuk buat cara yang sama untuk naikkan like fanpage sendiri.

Start dari muka surat lima, bro Wazeen akan dedahkan satu persatu teknik-tekniknya, termasuk dia punya detail sekali macam mana nak buat. Antaranya, teknik Roda Impian, Image Tag, Teka Gambar, Makanan Terakhir Anda, Padang Pasir, Voting dan Meme Viral.

cara tarik like
Like banyak, bagus. Like banyak + berkualiti, lagi bagus ;)
Cuma ada berita yang tak berapa syok nak dengar.

Untuk teknik Voting, ada tiga versi cara yang boleh kita guna. Daripada ketiga-tiga versi ni, salah satunya iaitu fungsi Question di FB, dah outdated..dah tak boleh nak guna sebab fungsi ni sekarang dah takde kat fanpage. Kira logik la kan..sebab dah dua tahun. Sekali air bah, sekali polisi Mat Zukiberg berubah..heh..

Tapi tak perlu rasa down..ada dua lagi versi yang masih relevan dan boleh diguna macam biasa.

Okeh..sekarang anda dah tahu sepintas lalu apa kandungan ebook cara tarik like ni. Rasa-rasanya, ebook ni sesuai tak untuk anda? Berbaloi tak kalau anda korbankan sikit ruang hard disk untuk download ebook ni?

Kalau anda terus angguk dan jawab ya, langsung tak perlu pikir banyak kali, maka meh kita isi nama glamer dan alamat emel kat bawah. Lepas dah klik butang "Saya nak tarik like!",  nanti saya akan poskan link downloadnya ke peti surat emel anda :D

Nama glamer:
Alamat emel:
kredit foto:
soshable.com
yell.com

Related Posts:

1 Response to "7 cara tarik like Facebook Page yang sempoi tapi power"