Bisnes Affiliate? Toksah Dok Buat Laa..Haram!!! - Berniaga Online

Bisnes Affiliate? Toksah Dok Buat Laa..Haram!!!

Alhamdulillah..kesan langsung akibat melibatkan diri dalam bidang per-affiliate-tan :D
Pernah sekali sorang member sound..kononnya macam-macam jenis bisnes Internet orang dok promote sekarang ni. Banyak jugak laa jenis bisnes Internet yang disebutnya, dan termasuk yang kena pukul rata sekali ialah bisnes affiliate. Kat hujung-hujung ayat sound deret tu, beliau masukkan sekali satu headline memukau..

"..tah halal tah tidak rezeki dok bagi makan kat anak bini".

Berdesing telinga dengar..rasa macam gegendang telinga ni kena sebat dengan batang paip jer :D

Tapi apa nak buat kan..dah persepsi sesetengah masyarakat kita memang camtu. Sebabnya, diorang tahu pasal bisnes Internet, tapi tak berapa nak paham.

Asal sembang jer pasal bisnes Internet, mesti diorang cakap tipu. Bayar duit tapi barang tak hantar la, order iPhone dapat lesung batu la.. :) Itu jer yang dinampaknya. Tambah-tambah pulak dengan adanya skim-skim mengarut (skim piramid) atau skim "orang makan orang" macam Infinity Downline ni (yang ni memang sah haram).

Jadi, mandangkan diorang masih belum jelas sepenuhnya, kena la ada sape-sape yang tahu serba sedikit kalau boleh ceritakan balik dalam bentuk ayat mudah paham..ayat kita-kita. Setuju?

Kalau setuju, meh saya mulakan dulu (pastu, kalau ada yang kurang, anda tambah la apa-apa yang patut yer..)

Affiliate atau affiliater ni, dari segi istilah, sebenarnya sama jer macam promoter @ ejen pemasaran @ salesman online.

Alaa..macam tukang masak. Kalau nak glemer sikit, orang tak kata tukang masak..tapi chef. Kalau khadam (servant) plak, orang panggil valet. Amah atau pembantu rumah, kalau tak silap dulu pernah ada ura-ura nak guna istilah pengurus rumah tangga :)

Konsep bisnes affiliate ni simple jer..kita tolong owner produk dapatkan pelanggan dan kita akan dibayar komisen:

Daftar sebagai affiliate --► pilih produk --► promote --► dapatkan pelanggan --► terima komisen

Itu saja..rasa-rasanya susah tak?

Tarikh kita dapat bayaran komisen, yang tu bergantung kepada owner produk. Ada yang bayar sebulan sekali, ada yang bayar dua minggu sekali..dan paling best, yang bayar serta-merta pun ada. Pagi dapat sale, petang check akaun bank..tengok-tengok dahhh pun masuk bayaran komisen.

Satu lagi yang syoknya dengan bisnes affiliate ni, kita tak payah ada produk sendiri pun. Tak perlu modal pun untuk promote. Tak perlu jugak nak risau pasal customer support segala bagai..yang tu semua kita serah kepada owner produk.

Owner produk cuma nak kita buat satu je, tolong dia dapatkan target prospek yang betul..guna cara promote yang betul. SPAM-SPAM tak main..low class :D

Kalau anda orang yang baru nak mengorat-ngorat dengan bisnes Internet, bisnes affiliate ni memang merupakan antara pilihan yang paling afdhal buat anda :) Kalau ditanya pada otai-otai usahawan Internet pun, rata-ratanya jugak akan rekemen perkara yang sama.

Bagi yang kaki FB, lagilah digalakkan..jika kena gayanya, dengan satu status update jer pun dah cukup untuk anda mula menjana komisen affiliate..InsyaAllah.

Nak tahu seni promote bisnes affiliate? Nak merasa komisen affiliate pertama? Cer klik sini..nanti saya kongsikan satu benda free tapi power --► Teknik Sempoi Tapi Mujarab

Related Posts:

1 Response to "Bisnes Affiliate? Toksah Dok Buat Laa..Haram!!!"

radzi rosli said...

haram ke wat kje affiliate? o.O

Mohon pencerahan :3