Perniagaan Internet: Tak Kenal, Maka Tak Cinta - Berniaga Online

Perniagaan Internet: Tak Kenal, Maka Tak Cinta




Bila kita sebut saja tentang perniagaan, sudah tentulah maksudnya berkait rapat dengan aktiviti buat duit, kan? Salah satu cara atau usaha yang kita lakukan untuk jana pendapatan, selain daripada kerja makan gaji.

Bila kita bercakap pula tentang perniagaan Internet, bisnes onlinebisnes Internet atau buat duit online; selalunya apa pula yang terlintas di fikiran kita? Adakah:
• Infinity Downline?
• Login Facebook Dapat RM100?
• Melabur sikit, lepas tu duduk diam dapat duit? :)

Salah...bukan begitu maksudnya (sebelum saya terlupa, Infinity Downline dan Login Facebook Dapat RM100 ni statusnya haram yer..)

Perniagaan Internet ni samalah juga macam perniagaan-perniagaan yang biasa kita tengok di luar sana. Ada modalnya, ada kedainya, ada produk atau servisnya, ada usaha kerasnya...kemudian barulah ada hasil atau keuntungannya.

Kalau perniagaan biasa atau dipanggil juga perniagaan offline, kedainya mungkin dalam bentuk premis yang dihias indah, didirikan pula di kawasan yang strategik, gah dengan signboard besar tertulis nama kedai, bilangan pekerja yang ramai dan kerja-kerja promosi  melalui akhbar, TV dan sebagainya untuk menarik pelanggan.
Semua ini senang-senang saja boleh menelan kos sehingga beratus-ratus ribu ringgit.

Berbeza dengan perniagaan Internet atau juga orang panggil perniagaan online, kedai kita adalah dalam bentuk laman website, blog ataupun fanpage; tapak kedai pula sama ada menggunakan Facebook, hosting sendiri, Blogspot, ataupun Wordpress; 'signboard' nama kedai bermula dengan www, pekerja tidak perlu ramai...untuk permulaan cukup sekadar kita sendiri menguruskan semuanya dan untuk promosi, lakukan saja di Facebook atau dengan blogwalking (sekadar contoh).

Yang paling menarik, kesemua langkah asas untuk memulakan perniagaan Internet ini boleh dilakukan dengan modal serendah RM0.00!!! (err..kalau pun lebih sikit, mungkin untuk bayar bil elektrik dan juga bil broadband..hehe..) dan tambah syok, segala kerja boleh dibuat di rumah.

Nak bisnes Internet...nak jual apa?
Macam-macam perkara sebenarnya yang boleh kita usahakan untuk buat duit online ni. Antaranya termasuklah menjual produk (fizikal dan digital), menawarkan servis atau perkhidmatan, menjadi ejen affiliate kepada produk/servis kepunyaan orang lain, menjadi ejen dropship kepada produk/servis orang lain atau aktif sebagai penulis blog.

Menjual produk:
Produk fizikal:
Produk fizikal ni, senang cerita, produk yang boleh kita pegang. Jadi, juallah apa saja produk selagi tidak haram di sisi agama dan undang-undang negara :) Contohnya, jual tudung, jersi, telefon bimbit, contact lens, makanan segera tempatan, teddy bear dan sebagainya.
Atau paling mudah, jual saja barangan milik kita yang kita tak perlukan lagi melalui portal Lelong atau eBay.

Produk digital:
Produk digital pula selalunya dalam bentuk ebook, audiobook, video, software dan lain-lain. Produk yang paling popular biasanya ebook dan software. Maknanya, kalau nak jual produk digital, kita perlu terlebih dahulu menjadi penulis ebook atau menghasilkan audiobook, video, software dan lain-lain.

Walau bagaimana pun, ada juga cara untuk menjual produk digital tanpa perlu menghasilkan produk digital sendiri. Kira macam orang lain yang hasilkan produk, tapi kita boleh claim sebagai produk kita sendiri. Yang ni saya akan ceritakan kemudian (tungguuuuu.. :))

Menawarkan servis/perkhidmatan:
Jika kita ada kepakaran dalam apa-apa servis/perkhidmatan, tawarkan khidmat tersebut di Internet. Sebagai contoh, jika kita mahir dalam bidang grafik, tawarkan khidmat rekabentuk banner iklan, bisnes kad, kad kahwin, gambar profile untuk Facebook atau sebagainya. Lain-lain servis pula seperti khidmat mengambil gambar untuk majlis-majlis tertentu, rekabentuk laman web, penulisan dan banyak lagi.

Menjadi ejen affiliate:
Jadi ejen affiliate ni, konsepnya samalah juga macam salesman yang selalu kita tengok hari-hari tu :) Kita tolong promosikan produk kepunyaan orang lain, bila ada jualan, kita akan dibayar komisen.

Produk yang boleh kita affiliatekan selalunya dalam bentuk fizikal, digital atau seminar. Produk-produk ini biasanya mempunyai laman web sendiri. Jadi, tugas kita ialah, daftar sebagai affiliate di laman web tersebut secara percuma dan dapatkan link khas yang mengandungi ID kita.

Sebagai contoh: http://www.namaproduk.com/?ref=IDkita.
Promosikan link yang diberi, bila ada orang klik dan membuat belian melalui link tersebut, tuan punya produk akan membayar komisen kepada kita. Semudah itu :)

Menjadi ejen dropship:
Nak jadi ejen dropship, biasanya banyak melibatkan produk fizikal. Konsepnya pula lebih kurang sama dengan konsep affiliate, cuma terbalik sikit je :) Kalau affiliate, pelanggan akan membayar terus kepada pemilik produk. Lepas tu, barulah pemilik produk akan membayar komisen kepada kita.

Untuk dropship, kita cuma perlu promosikan produk, jika ada pelanggan yang minat nak beli, mereka akan buat bayaran terus kepada kita. Daripada jumlah bayaran yang kita terima itu, tolak jumlah bayaran keuntungan bagi pihak kita, dan bakinya hendaklah dibayar kepada pemilik produk sebagai harga modal (err..paham tak ni? Takpe..kalau tak paham, nanti boleh tanya lagi ;)).

Jadi, tugas kita cuma perlu promosi produk dan terima bayaran. Segala kerja pembungkusan dan penghantaran pula akan diuruskan oleh pemilik produk. Senang kan?

Aktif sebagai penulis blog:
Nak buat duit dengan blog pula, kuncinya mudah saja. Dapatkan trafik atau pelawat sebanyak yang mungkin. Bila jumlah trafik dah tinggi, kita memang boleh jana pendapatan dengan:

• meletakkan banner iklan daripada rangkaian pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang, Advertlets, Innity dan sebagainya

• tawarkan ruang iklan kepada mereka yang berminat

• letak banner untuk promosikan produk affiliate kita

• jual produk/servis melalui blog

Kesimpulannya, perniagaan Internet bukan bermaksud pelaburan Internet atau skim cepat kaya. Dan semestinya bukan Infinity Downline mahu pun Login Facebook Dapat RM100. Bak kata orang, "Internet business is serious business" ;)

Jadi, macam mana sekarang? Dah dapat idea dah nak meniaga apa kat Internet ni? :)

Foto: Kelas Blogger

Related Posts:

0 Response to "Perniagaan Internet: Tak Kenal, Maka Tak Cinta"

buat duit dengan shopify