Peluang buat duit di iLancee.com - Berniaga Online

Peluang buat duit di iLancee.com

buat duit di iLancee.com
Jom buat duit di iLancee.com, nak?
Ai-lan-si? Ai-len-si? Ai-lan-ci? Cemana cara nak menyebutnya ni wehhh..payah sungguh aih..

Haha..

Yang sebenarnya, cara sebut yang paling betul ialah ai-lenss. Asal daripada dua perkataan English iaitu i-freelancer..maksudnya saya menawarkan perkhidmatan secara bebas. Dan untuk nampak komersil sikit, jadi laa iLancee. So, sebut betul-betul..buat duit di iLancee.com :)

iLancee ni baru jer dilancarkan pada 28 Mei hari tu..masuk hari ni, genap setengah tahun. Bos besar atau admin-nya ialah rakan usahawan Internet iaitu bro Ahmad Faiz. Kalau anda nak tahu sape bro Ahmad Faiz ni, boleh singgah ke blognya. Linknya ada saya bagi kat bawah. Tak pun, kalau anda ada apa-apa nak tanya tentang iLancee, boleh PM terus melalui profile FBnya di sini.

Sape-sape jer yang minat nak test rezeki dengan berniaga online boleh join iLancee. Dengan syarat, anda dah berumur 18 tahun & ke atas serta tahu dan aktif guna emel.

Bagi anda yang masih tak kenal rapat dengan iLancee, iLancee ni adalah sebuah platform atau portal untuk peniaga online jual apa saja..sama ada nak tawarkan servis (design logo, design banner, tulis artikel dan lain-lain), jual produk digital (ebook, video, audio, software dan lain-lain) atau pun produk fizikal (produk yang boleh kita pegang seperti t-shirt dan lain-lain).

Cuma yang takleh jualnya, produk-produk yang haram di sisi undang-undang dan jugak agama Islam..seperti produk cetak rompak dan sebagainya.
buat duit di iLancee.com
Macam-macam produk/servis ada..
Bagi setiap produk atau servis yang anda nak jual di sini, harga yang boleh anda tawarkan ialah antara RM5 hingga paling tinggi RM500. Fuhhh..banyak jugak yer..

Tapi bagi penjual atau seller yang baru nak mula (level 1), harga maksimum yang boleh anda offer ialah RM350. Dan bagi mana-mana produk atau servis yang berjaya dijual, 20% daripada jumlah bayaran akan admin iLancee ambik sebagai komisen. Kira OK la kan..sebab nanti admin nak tanggung kos hosting lagi, kos untuk marketing lagi..

Buat duit di iLancee.com ni adalah cara yang paling simple untuk start buat duit online tanpa modal. Nak daftar pun free..langsung tak kena bayar apa-apa. Nak promote produk/servis yang kita jual plak, tak perlu pening-pening kepala sebab admin akan bantu buat marketing. Kiranya untuk tarik trafik atau prospek, admin akan promote iLancee ni melalui blog, emel, tempah slot iklan di forum bisnes Internet dan macam-macam lagilah.

Produk/servis terjual atau tak, yang tu nanti terpulang kepada prospek. Kalau produk kita tu memang dia cari, InsyaAllah..kita akan dapat pembeli.

Tapi kalau anda nak lebih power dan lebih promosi kepada produk anda, apa kata anda luangkan masa kejap untuk promote sendiri gig anda? Promote la kepada friendlist anda ke, group FB ke, fanpage ke, Twitter ke.. (sebelum saya lupa..di iLancee, setiap penawaran atau pengiklanan produk/servis dipanggil sebagai gig).


Di iLancee, segala urusan jual beli boleh dikatakan selamat..InsyaAllah. Seller takleh nak menipu (lari ambik duit tapi barang tak hantar atau servis tak buat), dan pembeli pun takkan tertipu.

Sebabnya, sebaik saja pembeli buat bayaran, admin akan pegang dulu duit tersebut. Bila barang dah confirm hantar, atau servis dah setel, pembeli pun sama-sama puas hati; lepas 14 hari baru laa duit tu akan dimasukkan ke dalam akaun seller di iLancee.

Pembeli jugak boleh mintak refund kalau produk yang dia dapat atau servis yang disiapkan tak sama macam detail dalam gig.

Dan untuk elak kes-kes tipu camni, seller atau pembeli masing-masing tak dibenarkan bagi contact info seperti nombor telefon, alamat emel atau link profile FB. Seller dan pembeli hanya boleh berhubung melalui PM di iLancee jer (kata nak buat duit di iLancee.com, so kenapa nak deal kat luar lak..tak gitu?).

Tapi kalau buat jugak, bagi contact info kat luar, ada kena apa-apa tak?

Adaaa..ada harapan nak kena ban akaun dan takleh nak withdraw pendapatan. Dan kalau kena tipu, takleh nak salahkan admin. Sendiri buat, sendiri tanggung ;)
buat duit di iLancee.com
Antara produk laku keras di iLancee.com
Okeh. Sekarang bayangkan pulak produk yang anda jual laku, servis yang anda offer pun kemain hot..maknanya pendapatan anda di iLancee pun kira lebat laa jugak..yer tak? Jadi, macam mana caranya kita nak withdraw semua pendapatan ni?

Ada dua cara..sama ada anda request untuk withdraw terus ke akaun bank atau nak admin iLancee masukkan duit ke akaun Paypal. Boleh pilih salah satu..ikut mana yang anda lebih selesa.

Tapi kalau ikut info daripada admin, anda digalakkan untuk withdraw melalui bank..untuk elak daripada kena bayar fee kalau guna Paypal.

Lepas dah buat request, tunggu admin buat pengesahan. Selalunya dalam masa tiga hari bekerja, paling lambat pun tujuh hari, anda boleh check dan tengok duit dah masuk dalam akaun. Amacam? Best kan bila dapat buat duit di iLancee.com? ;)
buat duit di iLancee.com
Produk yang saya baru promote di iLancee. Alhamdulillah..dapat satu sale :)
Hmmm..buleh tahan panjang jugak yer ceramah kali ni. Syok menaip punya pasal :D

Itu kata yang tukang taip.

Anda yang tukang baca lak, macam mana? Rasa-rasanya dah dapat tak gambaran awal macam mana nak buat duit di iLancee.com?

Kalau sekarang ni anda ada dua pilihan: sama ada nak start berniaga online tanpa modal, atau nak tunggu ada modal dulu baru nak start berniaga, anda pilih yang mana?

Mana-mana yang anda pilih pun tak salah. Tapi kalau anda pilih yang pertama, jalan lurusnya ada kat sini --►iLancee.com. Dan jangan risau, anda takkan sunyi sorang diri..sebab dah ramai jemaah yang turut lalu jalan yang sama. Mereka tahu,  macam mana syukurnya rasa bila buat duit di iLancee.com dan terima RM1 pertama dari Internet :)

ps: pikir cara kreatif..gerenti anda akan dapat idea nak jual apa di iLancee nanti. InsyaAllah..
Contest ini telah dianjurkan oleh iLancee.com, ditaja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com, Sensasi2020.com, FaizAlias.com

Related Posts:

2 Responses to "Peluang buat duit di iLancee.com"

KamilSalleh said...

Jom mari buat duit di ilancee.com banyak servis dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan. Semoga berjaya bro dgn contest SEO ini.

Kedai bayi said...

Macam menarik ilancee nie... Bumiputera pulak tue... nak kena support nie... tq admin...

buat duit dengan shopify