Video 9 minit ni akan dedahkan cara tingkatkan jualan tanpa perlu tambah kos iklan - Berniaga Online

Video 9 minit ni akan dedahkan cara tingkatkan jualan tanpa perlu tambah kos iklan

cara tingkatkan jualan
Cara tingkatkan jualan dengan pelanggan sedia ada
Sales jatuh merudum bulan ni? Serabut kepala mikir stok masih bertimbun, gaji staf tak terbayar dan lain-lain? Tengah berkira-kira berapa nak keluar modal untuk buat iklan cari prospek baru?

Sabarrr..bawak bertenang. Meh saya tunjuk cara tingkatkan jualan gaya abang Bukhari..untung berganda tapi tetap tak usik kos marketing ;)

Cara ni sebenarnya didedahkan oleh rakan usahawan Internet iaitu bro Bukhari Ramli melalui satu rakaman video simple tapi padat bertajuk Panduan Penting Follow Up: Tingkatkan Jualan Minima 30%.

Panjang video ni cuma 9 minit dan kita boleh tonton secara online melalui YouTube.
cara tingkatkan jualan
Follow up tu apa? Nanti bro Bukhari citer..
Video ni adalah produk terbaru hasil air tangan bro Bukhari. Sebelum ni, beliau pernah jugak hasilkan panduan berbayar yang berkongsi tentang cara nak bina ayat promosi yang buatkan prospek tak sabar-sabar nak beli produk, walaupun kita jual dengan harga mahal. Dalam hard disk ada saya save sebijik panduan ni:
cara tingkatkan jualan
Panduan berhantu neh. Tapi sayang, dah tutup jualan..huhu..
Sambung balik cerita pasal video Panduan Penting Follow Up :)

Dalam video ni nanti, bro Bukhari akan terangkan tiga sebab utama kenapa kita kena follow up pelanggan atau prospek kita untuk dapat jualan mudah.

Follow up ni maksudnya kita hubungi balik pelanggan atau prospek lama kita yang sebelum ni kita dapat melalui SMS, WhatsApp dan sebagainya; dengan tujuan nak tarik diorang untuk buat pembelian baru.

Biasanya, kaedah promosi ni lebih kepada prospek yang berminat dengan produk kita, tapi belum bertukar kepada pembeli.

Cuma yang problemnya, ramai antara kita yang segan nak buat follow up sebagai cara tingkatkan jualan. Sebabnya, takut pelanggan menyampah..takpun takut kena marah dengan pelanggan ;)

Untuk atasi masalah ni, bro Bukhari akan share beberapa mindset power yang perlu kita ada sebelum nak mula buat follow up dan jadikan sebagai salah satu teknik pemasaran berkesan.

Mindset ni penting untuk kita buat follow up dengan yakin, takde lagi takut-takut, dan yang paling best; tahu apa yang perlu kita cakap masa nak buat follow up..sampaikan pelanggan pun suka bila kita kontek diorang untuk buat promosi jualan.

Dalam video ni jugak, anda akan tahu satu jenis kesilapan yang selalu dibuat oleh 90% peniaga bila ditanya macam mana cara nak tingkatkan sales. Rasa-rasanya, anda buat jugak tak kesilapan ni? Layan video ni, nanti anda akan dapat jawapannya :)

Pernah tak anda rasa macam kos iklan anda terlalu mahal? Nak tahu kenapa? Nanti dengar sendiri apa yang bro Bukhari nak kata dan apa yang perlu kita buat kalau kita rasa kos iklan makin mahal.

Bukan setakat celoteh panjang jer, case study pun ada sekali dalam video ni. Melalui case study ni, bro Bukhari akan tunjukkan macam mana dua iklan yang sama, dengan kos yang sama, tapi boleh dapat jumlah pelanggan berbeza.

Dah abis tonton video ni, baru cerah sikit mata dan baru saya perasan; yang lubuk emas sorang peniaga ni sebahagiannya ada terletak pada pelanggan lama..memang kira tolak tuah kalau pelanggan lama ni kita buat-buat lupa dan campak ke tepi sebaik saja selesai deal kali pertama.

Bagi anda yang jarang-jarang atau langsung tak pernah follow up pelanggan, tak pernah lagi merasa repeat order daripada pelanggan lama, ilmu dalam video ni memang tak rugi anda sedut dan jadikan sebagai pedoman dalam bisnes.

Nak dapatkan video cara tingkatkan jualan ni pun punyalah senang yang amat..cuma perlu gerakkan sikit jer jari telunjuk dan klik sini - Panduan Penting Follow Up. Pastu, isikan nama glamer, alamat emel yang anda bukak hari-hari dan nombor telefon.

Dah siap isi, klik butang YA SAYA MAHU! dan tunggu bro Bukhari hantar link video melalui emel. Biasanya, dalam masa lima minit anda dah boleh dapat emel ni.

Cuma sebelum tu, ada pulak berita kurang syok yang perlu saya bagitau anda. Rupa-rupanya, satu video ni saja belum cukup syarat untuk bantu kita buat follow up yang berbisa.

Ada lagi sembilan video yang perlu kita khatam sebelum nak master ilmu follow up nih..dan buat masa ni, semua link video ni bro Bukhari sorokkan dulu daripada public.

Tapi takpe..jangan risau. Yang penting bro Bukhari nak kita hadam dulu video pertama ni betul-betul dan tengok sama ada bermanfaat ke tak ilmu yang beliau share ni.

Kalau anda puas hati dan rasa banyak manfaat boleh dapat, anda boleh mintak lagi baki video selebihnya daripada bro Bukhari. Nanti beliau kongsikan macam mana nak dapatkan semua video tersebut.

Jom luangkan masa 9 minit dan layan dulu video pertama nih - cara tingkatkan jualan :)

Related Posts:

1 Response to "Video 9 minit ni akan dedahkan cara tingkatkan jualan tanpa perlu tambah kos iklan"

Unknown said...

Memang sangat membantu video ni bagi saya peniaga online nak follow-up customer

buat duit dengan shopify