Dah Cuba Buat Duit Di Website Murahnya? - Berniaga Online

Dah Cuba Buat Duit Di Website Murahnya?

 
Hari tu saya ada bagitau cara saya buat duit sampingan di Internet, kan? Salah satunya adalah melalui website atau platform Murahnya. Hari ni saya nak cerita sikit lagi tentang Murahnya nih :)

Bagi anda yang minat nak berniaga online tapi tak nak sakit kepala pikirkan tentang modal, website Murahnya adalah tempat yang paling sesuai untuk bermula. Kat sini, anda cuma perlu tawarkan kemahiran yang anda ada dan dapatkan pembeli..tak kisah la sama ada kemahiran dalam bidang grafik, penulisan artikel, programming atau apa saja. Atau kalau anda merupakan pembekal kepada produk-produk tertentu, sama ada digital atau fizikal (ebook, cenderahati dan lain-lain), juga boleh cuba promote di sini.

Di Murahnya, setiap aktiviti penawaran kemahiran atau produk ni, akan dipanggil dengan istilah 'servis'. Setakat ni, apa yang dapat saya perhatikan, servis yang berkaitan dengan Facebook memang cepat hot dan mudah dapat pelanggan. Kalau anda power dalam men-design cover timeline, atau boleh tarik likes untuk fanpage, cuba-cubalah offer servis anda kat sini dan tengok hasilnya macam mana.

Saya sendiri pun banyak mendapat sale dengan menawarkan servis iklan di Facebook dan jugak hasil jualan ebook:




TIPS: Untuk dapat banyak sale, sekali-sekala cuba gunakan fungsi 'featured' :)

Untuk setiap servis ni, anda boleh caj bayaran antara RM10 hinggalah setinggi RM100..bergantung kepada LEVEL anda sebagai penjual atau seller. Bagi seller baru, mereka akan bermula dengan 'Level 1'. Lagi banyak order yang masuk, lagi tinggi level yang anda akan dapat..sehinggalah 'Level 5'. Level 5 ni kira tahap otai dah ni :)


Untuk naik pangkat level, juga bergantung kepada rating atau maklum balas daripada pembeli atau buyer. Buyer akan berikan rating positif kalau mereka puas hati dengan servis kita. Jadi, kena siapkan servis seperti yang dijanjikan..paling penting, tak langgar dateline :)

Bagi setiap bayaran untuk servis, 20% daripadanya admin Murahnya akan ambik sebagai komisen..buat tanggung kos operasi agaknya :D Kira ok la kan? 20% je..lagi pun, caj ni cuma akan dikenakan bila seller dah dapat sale.

Takde kemahiran/produk? Pun tak perlu risau..anda tetap boleh buat duit dengan Murahnya. Caranya ialah dengan menjadi affiliate kepada servis yang ditawarkan. Anda dapatkan link servis di Murahnya yang mengandungi ID anda, promote kepada kawan yang minat nak beli dan last sekali, anda dibayar komisen. Lagi senang, kan? :)

Tentang bayaran plak, kita takkan terus dapat sebaik saja ada sale masuk. Sebaliknya, admin akan pegang dulu sampai laa servis siap. Dah confirm siap dan hantar kepada buyer, barulah admin akan masukkan ke dalam akaun seller di Murahnya. Untuk withdraw ke akaun bank, kena dapatkan jumlah order sekurang-kurangnya RM53. Cukup RM53, seller boleh buat request dan biasanya admin akan bank-in pada hujung minggu.

Tapi, admin ni boleh caya ke? Kang dia lari dengan duit kita cemana? Hehe..

Jangan takut..website Murahnya ni dimiliki oleh Serangkai Network (002180167-D), sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Rasanya, cukup la kot info tentang Murahnya nih. Bagi anda yang dah nampak potensinya dan dah ada idea nak jual apa, jangan buang masa..jom daftar percuma sebagai ahli di sini --► Murahnya.my

update: buat masa ni, web Murahnya tengah problem. Tapi takpe..jangan risau. Sebagai gantinya, anda boleh cuba web iLancee.com. Web ni sama jugak macam Murahnya. Dalam Bahasa Melayu dan diasaskan oleh orang Malaysia..cuma owner dia jer lain-lain :)


Related Posts:

0 Response to "Dah Cuba Buat Duit Di Website Murahnya?"

buat duit dengan shopify