Koleksi Doa Murah Rezeki Untuk Usahawan - Berniaga Online

Koleksi Doa Murah Rezeki Untuk Usahawan




Ayat Seribu Dinar
Sebagai usahawan, kita mungkin boleh kaji apa jenis produk yang paling orang cari kat Internet ni. Kita jugak mungkin boleh berguru dengan sifu terhebat untuk tahu tips-tips mahupun rahsia-rahsia pemasaran online. Bagi yang ada modal lebih plak, bukan calang-calang tempat yang dia pilih untuk buat iklan..semuanya ambik yang berbayar je.

Tapi hakikatnya, kalau Allah SWT takdirkan bukan rezeki kita..jual la produk apa pun, promote la kreatif macam mana pun..jangan bersedih kalau hasil yang kita dapat nanti cuma kosong.
Dan kita pun tertanya-tanya..kat mana silapnya ye? Apa yang otai ajar, semuanya kita dah buat dan tiru sebijik-sebijik. Produk plak, bukannya produk pelik-pelik. Produk sama je macam orang lain jual. Bezanya, orang lain boleh buat duit dengan produk yang sama..tapi kita, nak dapat satu sale pun kemain payah.

Jawapannya, mungkin kita lalai atau terlupa untuk berserah kepada Allah. Ya..kita boleh usaha macam-macam, tapi yang memberi ilham kepada prospek kita untuk membeli daripada kita, tetap jugak Allah SWT kan?

Jadi, untuk entri terbaru ni, izinkan saya share koleksi doa murah rezeki untuk amalan kita para usahawan dan jugak usahawati :) Moga-moga dengan tawakkal ini Allah SWT bukakan hati setiap insan yang melihat promosi kita untuk sudi mengeluarkan duit dan mendapatkan setiap produk yang kita iklankan. Aamiiin.. :)

Kalau ikut rutin saya sendiri, doa-doa ni biasanya saya amalkan pada waktu pagi, sebelum nak start keje-keje promosi di Internet. Betulkan niat kita nak bantu selesaikan masalah orang melalui produk yang kita promote, mulakan dengan selawat dan akhiri juga doa dengan selawat. Nak lagi mudah, jadikan saja doa-doa ni sebagai wallpaper PC/laptop kita. Senang, on je PC, terus boleh baca :)
 
Berapa lama untuk nampak hasilnya, yang tu saya takleh nak jamin. Sebab, lagi sekali, rezeki itu tetap rahsia Allah. Tapi, tak perlu risau..usaha + tawakkal semestinya yang terbaik. Setuju? :)

ps: klik untuk besarkan gambar..

Related Posts:

4 Responses to "Koleksi Doa Murah Rezeki Untuk Usahawan"

Armanto Abdullah said...

mohon keikhlasan doanya

hairi salleh said...

assalamualaikum syeikh..mohon izin amalan ini..moga allah mencucuri rahmat kepada hamba mu ini.

zhylla rhyzall said...

Amin..moga dperkenan kn doa2 hambaNya..
~~Stemcellhebat.blog.com

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian hebat..dan saya dah save semua doa ni.. Semoga Allah memberkati, merahmati & melimpahkan rezeki buat tuan & kita semua..Aminn