SPAM - Saya Promosi, Anda Menyampah - Berniaga Online

SPAM - Saya Promosi, Anda Menyampah


Pernah dengar istilah SPAM? Hmmm...bukan setakat pernah, tapi memang biasa dengar. Selaluuu sangat, kan?

Maksud SPAM ni boleh la dianggap sebagai pengiklanan di Internet atau online yang tidak mengikut etika. Kalau bisnes kat dunia offline pun ada jugak pengiklanan yang tidak beretika ni. Cumanya, yang ni tak dipanggil SPAM, tapi orang panggil iklan haram :) Jenis iklan yang biasa kita tengok bersepah kat bus-stop, pondok telefon, signboard nama jalan dan sebagainya.

Contoh SPAM pulak, selalunya yang paling klasik, yang selalu sangat kita dapat dan boleh dikatakan benda pertama yang kita jumpa bila terlibat dalam dunia perniagaan Internet ialah, SPAM melalui emel. Tiap-tiap hari, gerenti ada je iklan yang sampai kat inbox emel kita...macam-macam jenis produk/servis ada.

Nak mengiklan melalui emel ni, bukan tak boleh. Boleh sebenarnya, malah merupakan antara bentuk pengiklanan yang paling berkesan, tapi perlulah mengikut seninya yang tersendiri. 'Seni' yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan autoresponder. Apa dia autoresponder ni? Haaa...yang ni saya akan ceritakan nanti. Tungguuu... (lagi? :))

Lain-lain contoh SPAM, biasa kita nampak kat Facebook. Antaranya, tagging-tagging gambar, tepek link iklan kat wall, group dan fanpage orang; PM (private message) iklan kat inbox orang, iklan produk/servis kat ruang chatting, iklan kat ruang komen status orang, create event promosi yang keterlaluan...pendek kata, segenap ceruk Facebook dah jadi macam ruang iklaneka dibuatnya.

Satu perkara yang perlu kita ingat, Facebook ni tempat orang bersosial, tambah kawan...jadi harus berpada-pada jika ingin berniaga melalui media sosial ni. Nak tak nak, kita perlu belajar ilmu pemasaran Facebook dari mereka yang pakar.

Kesimpulannya, tak kiralah kita mengiklan kat mana sekali pun, usah jadikan iklan kita sebagai SPAM - Saya Promosi, Anda Menyampah. Tapi usahakan biar menjadi Saya Promosi, Anda Minat ;)

Foto: AllSpammedUp

Related Posts:

0 Response to "SPAM - Saya Promosi, Anda Menyampah"